Thursday, December 18, 2008

No UMNO













Apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang adalah agak sumbang pada mereka yang menganut prinsip hukum alam yang tulin. Iklim politik Malaysia begitu songsang. Suasana ekonomi Malaysia agak kabur. Budaya orang Malaysia pula hanya serupa pelangi. Malaysia sedang menghidapi penyakit.

Orang politik di Malaysia kebanyakan terdiri dari manusia yang munafik. Mereka seolah-olah betul mengikut acuan masing-masing. Sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka akan dicap sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Pada hal, merekalah yang jadi pengkhianat negara dan bangsa kalau dikira dari fakta yang sebenar.



Sebut pasal ekonomi, Malaysia sepatutnya berada dalam keadaan selamat. Tetapi akibat tindak tanduk dan kebobrokan pemikiran pihak penguasa, Malaysia bakal berdepan dengan kepincangan pengurusan ekonomi negara. Malah adalah dijangkakan selepas bulan Mac, 2009, Malaysia bakal menjadi negara yang ekonominya begitu gawat. Najib yang dijangkakan mengambil alih kuasa dari Pak Lah tidak mungkin berdaya memperbaiki ekonomi Malaysia pada ketika itu.




Kegilaan pemerintah cuba mengintergrasikan budaya dikalangan rakyat Malaysia tidak akan berjaya sampai bila-bila. Rhetorik pemerintah pasal kebudayaan nasional hanyalah mainan politik. Keikhlasan pada mereka yang berwajib tidak pernah ada. Justeru itu, kebudayaan nasional persis seperti pelangi yang kelihatan cantik tetapi keujudannya tidak bermanafaat.


Malaysia hanya akan berjaya dan setaraf dengan mana-mana negara maju di dunia ini jika rakyatnya bersedia berubah. Mereka mesti berubah dari pemikiran lapok. Mereka tidak boleh lagi bercakap pasal keturunan masing-masing. Mereka hanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Semua rakyat adalah setaraf.


Politik perkauman dan orang seperti Mahathir tidak boleh berada di Malaysia. Malah parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC mesti dihapuskan. Virus perkauman di Malaysia semuanya dicarumkan oleh parti-parti politik tersebut.


Perdana Menteri (PM) Malaysia hendaklah dilantik terus oleh wakil rakyat di parlimen. Sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai calun asalkan mendapat sokongan ramai dari wakil rakyat. Sistem sedia ada dimana presiden UMNO mesti jadi PM sudah menjadi kolot. Sistem yang kolot tentulah tidak dinamik dan terlalu bergantung.


Sistem pengasingan kuasa secara mutlak mungkin boleh diadaptasikan agar ianya lebih mudah diterima rakyat kebanyakan, terutamanya orang Melayu. Cabang eksekutif, legislatif dan judiciary perlu ditambah satu lagi iaitu Majlis Raja-Raja. Kempat-empat cabang tersebut perlulah bebas dan berkredibeliti.


Pendeknya, Malaysia mesti berubah secara dinamik. Pemikiran lama yang begitu senonim dengan UMNO wajib dihapuskan. Orang Melayu jangan lagi percaya pada ketahyulan bahawa hanya UMNO boleh menjaga kepentingan Melayu. Sebaliknya, orang Melayu wajib tahu bahawa mereka selama ini telah dirosakkan oleh UMNO. UMNO telah menghadiahkan mereka dengan virus HIV. Penawar yang hanya ada untuk mereka adalah 'NO UMNO'.