Friday, February 26, 2010

Rosma , Nik Aziz dan Ku Li

Kisah orang politik memang menarik dibaca. Tidak kiralah mereka dari parti BN atau PR. Yang pasti, mereka punyai daya tarikan untuk dipuji atau dikeji.

Nama-nama seperti Ku Li, Anwar Ibrahim, Lim Guat Eng, Dr. Mahathir dan Nik Aziz tentulah sentiasa diperkatakan oleh rakyat. Mereka lebih menunjul berbanding menteri-menteri termasuklah TPM. Malah nama PM sendiri mungkin tidak begitu terserlah jika tidak dimainkan oleh media arus perdana.

Mungkin agak pelik nama seperti Rosma Mansur, Ghani Patail dan Musa Hasan menjadi lebih popular dibandingkan dengan nama-nama menteri yang sepatutnya rakyat perlu kenali. Barangkali juga disebabkan menteri-menteri tidak pernah berdamping dengan rakyat !.

Tidak kurang juga ada dikalangan orang politik dan ketua-ketua NGO cuba cari populariti. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan nama mereka masih boleh terpapar didada akhbar. Kalau hendak dikira dari segi nilai berita, mereka tidak ada apa-apa. Ibrahim Ali adalah contoh terbaik dari gulungan ini. Ramai juga yang mencuba seperti Ibrahim Ali tetapi gagal. Chandra Muzafar, Khair Toyo dan ramai lagi telah tengelam begitu sahaja.

Apa pun, manusia tetap manusia. Masing-masing ada cara tersendiri. Hanya mereka yang ada ilmu dan iman sahaja akan dapat bertahan. Manusia yang ghairahkan balasan keduniaan tidak akan pergi jauh. Mereka boleh beretorik dan buat berbagai konsipirasi tetapi yang menentukan kesudahannya adalah Allah s.w.t. Semoga mereka yang masih perlukan syurga Allah akan tersedar dari bisikan syaitan. Percayalah syaitan memang handal memperdayakan manusia. Maka itu, banyak banyakanlah ilmu supaya dapat membezakan antara kebenaran, dan kemenangan.

Kalaulah kemenangan itu yang dijadikan metalamat hidup pasti kebenaran tidak begitu diperlukan. Ramai orang politik di Malaysia hanya percaya pada kemenangan dan bukan kebenaran. Dan mereka tetap mempertahankan kemenangan itu walaupun ianya diperolehi secara tipu muslihat. Akibatnya, Malaysia akan 'go to the dogs' kata mat saleh.

Thursday, February 25, 2010

Lagu "Ketuanan Melayu"

Apa pun jenis manusia, mereka akan rosak bila dimanjakan. Begitulah dengan bangsa Melayu. Mereka sentiasa dibelai dan ditidurkan dengan lagu-lagu lunak. Terutamanya lagu 'Ketuanan Melayu'.
Hingga sekarang orang Melayu terlalu taksub dengan lagu Ketuanan Melayu. Mereka tidak nyeyak tidur kalau lagu 'berhantu' itu tidak dinyayikan. Malah mereka akan boleh mengamuk jika lagu itu cuba diubahsuaikan lirik atau melodinya.
Persoalannya, apakah benar Melayu tidak boleh berdirikari ?
Sesungguhnya Melayu akan terhina jika mereka berterusan disogokkan dengan lagu Ketuanan Melayu itu. Sebabnya, Melayu akan menjadi bangsa dogmatis dari segi pemikiran. Kemampuan otak Melayu tidak akan berdayamaju kerana lagu Ketuanan Melyu itu sendiri adalah satu lambang kebejatan pemikiran.
Siapa hendak dipersalahkan ! Lu fikirlah sendiri.

Monday, February 15, 2010

Rais Yatim

Seorang kawan yang bergelar Dato' pernah menyatakan kekagumannya pada Rais Yatim. Padanya, Rais punyai mutu sebagai seorang pemimpin yang boleh memacu Malaysia ke arah yang lebih berjaya.

Katanya lagi, Rais Yatim berpendidikan tinggi hingga ketahap Phd. Pujiannya juga pada kebolehan Rais Yatim bercakap dan berhujah.

Saya beritahu kawan saya itu bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Baiknya, kawan saya itu tidak pula melatah bila saya luahkan perkara negatif pasal Rais Yatim. Mungkin kawan saya itu bukan jenis taksubkan idolanya.

Rais Yatim bukannya bertaraf pemimpin. Buktinya dia sentiasa kalah dalam mana-mana pertandingan jawatan naib presiden UMNO. Dia kalah pula dengan budak-budak mentah UMNO seperti Shafie Afdal, Zaid Hamidi dan Hishamuddin. Tapi disebabkan tidak tahu malu, dia masih boleh jadi menteri.

Hendak kata dia pandai cakap atau berhujah, Rais Yatim bolehlah dikatakan jenis orang Melayu yang suka cakap 'slang'. Lagaknya seperti tin kosong. Boleh dikatakan apa sahaja yang dianjurkan dalam cakap-cakap politiknya semuanya tidak menjadi.

Pendirian Rais Yatim pula memang penuh dengan kemunafikan. Cakapnya semuanya tidak serupa bikin. Sumpahnya tidak punyai sebarang erti. Perjuangannya mungkin untuk dapat jawatan menteri sahaja. Rais memang ada pelajaran tinggi tetapi tidak semestinya dia dari gulungan orang yang berilmu.

Ajaran Sesat

Dalam masyarakat Melayu Ajaran Sesat hanya dikaitkan dengan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam. Lain dari itu, tidak dikira sesat.

Yang anihnya, kayu ukur yang menentukan kesesatan itu tidak ada piawaian. Semuanya bergantung pada penguasa agama. Penguasa agama pula kadang-kadang dipengaruhi oleh anasir politik. Bercelaru dibuatnya.

Diharapkan orang Melayu kena banyakkan ilmu. Bukan sahaja setakat ilmu agama tetapi mencakupi semua bidang. Agar penguasa agama tidak boleh sewenang-wenangnya membuat fatwa sendiri.

Orang Islam mesti bijak bila diacukan dengan pelbagai ajaran. Jangan jadikan penguasa agama pembuat hukum mutlak. Lihat apa yang mereka katakan. Siasat latar belakang mereka. Ijazah agama mereka tidak sama sekali boleh mengesahkan mereka berilmu. Semuanya sekarang boleh dibeli.

Apa yang penting dengar hujahan mereka dulu. Jika pemikiran dogmatik yang mereka sandarkan, lebih baik jauhi mereka. Islam adalah agama yang tidak statik.

Sunday, February 14, 2010

Muhyiddin v Najib

Pergelutan kuasa dalam Barisan Nasional sudah parah. Semua parti utamanya sedang luka. MCA dan MIC cukup kritikal. UMNO yang cuba ditunjulkan sebagai tidak sakit sebenarnya sudah mula terkena jangkitan virus yang berbahaya dari virus AIDS.

Berbanding Pakatan Rakyat, BN sudah terlalu parah. BN terselamat hanya disebabkan RTM, TV3, NST, Utusan Malaysia dan beberapa NGO upahan. Namun, maut tidak boleh diatasi oleh media. Maut, BN terutama UMNO sudah hampir.

Serangan UMNO terhadap PR terutama PKR tidak akan berjaya. Sebabnya bukan disebabkan, PR itu kuat tetapi BN/UMNO itu sendiri sedang berpenyakit. Penyakit BN/UMNO sudah tidak boleh diubati. Seperti pesakit AIDS atau cancer hanya bertarung dengan nyawa. Maut tetap datang.

UMNO yang berpenyakit menjadi lebih parah bila beberapa orang kanan UMNO sendiri sedang mengatur strategi untuk menyerang antara satu sama lain. Mungkin UMNO cuba menafikan perkara ini tetapi hakikatnya UMNO kena juga hadapi. Najib dan Hishamuddin sedar Muhyiddin dan Zahid boleh menjadi regu menentang mereka. Begitu juga Muhyiddin dan Zahid tahu nasib mereka dalam hiraki kepimpinan negara tidak akan pergi kemana kerana Najib tentu memberikan keutamaan kepada sepupunya itu. Najib pasti menjejaki tindakan arwah bapanya dulu.

Sekarang pun Muhyiddin dan Zahid sudah mula menimbulkan onak kepada Najib. Sikap rasis Muhyiddin lebih sesuai untuk pengikut akar umbi UMNO. Retorik politik Najib Satu Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti Islam Hadari. UMNO tidak boleh bertahan tanpa teriakan Ketuanan Melayu. Satu Malaysia Najib begitu bercanggah dengan Ketuanan Melayu. Muhyiddin tentunya lebih berjiwa UMNO berbanding Najib yang dikira sudah tidak lagi berjiwa Melayu.

Kalaulah Muhyiddin ada keberanian menentang Najib seperti apa yang pernah dia lakukan terhadap Pak Lah, pasti UMNO akan singkirkan Najib. Malah kerja Muhyiddin menyingkirkan Najib lebih mudah berbanding penyingkiran Pak Lah kerana Najib lebih kotor dari Pak Lah dalam pelbagai perkara dan cerita.

Cerita kekotoran Najib memang diakui oleh Mahathir sendiri. Kalaulah, Najib tidak kotor, Mahathir pasti telah melantik Najib sebagai pengantinya dan bukannya Pak Lah.