Thursday, February 26, 2009

Gilanya Politik

Malaysia sungguh malang sekarang. Hampir punah dikerjakan oleh manusia yang gilakan kuasa.

Kegilaan orang politik memang mengila. Malah, mereka yang berpolitik yang tidak gila pun kelihatan macam orang gila. Rakyat meluat melihat mereka.

Musibah terus mencengkam Malaysia bila ada raja yang membenarkan dirinya berada dalam daun terup. Hanya sekadar jadi bahan mainan oleh penjudi.

Politikus di Malaysia sekarang bagaikan bermain daun terup. Masing-masing hanya fikirkan kemenangan untuk dapatkan habuan. Bagaimana kemenangan itu boleh dicapai adalah perkara kedua. Soal etika memang bukan prinsip berjudi. Moral jauh sekali.

Sampai bila nasib rakyat dijadikan bahan taruhan politikus masih belum dapat dipastikan. Senario semasa hanya memberikan klu bahawa rakyat Malaysia masih boleh dipermainkan oleh politikus.