Monday, September 20, 2010

Malaysia Ku

Masa saya memang terlalu suntuk. Kalau dapat satu jam menonton TV kira sudah dianggap bagus. Sebabnya, saya lebih suka membaca buku atau melayari internet. Mencari maklumat dan menimba ilmu.

Tadi saya tertonton perlawanan bolak sepak antara Kelantan dan KL Plus. Beberapa minit sahaja yang mampu saya tuntun. Terus terang saya katakan memang perlawanan tersebut cukup membosankan. Apakah Malaysia kini sudah begitu layu dalam apa juga bidang.

Persoalannya apakah Malaysia sudah kehabisan punca sekarang. Ekonomi, sukan, politik dan keugamaan semuanya macam kacau bilau. Kenapa ni ?

Friday, September 10, 2010

Ewe Paik Leong, The Wordslinger: Harakah: "The sermon issue requires Pakatan Rakyat...

Ewe Paik Leong, The Wordslinger: Harakah: "The sermon issue requires Pakatan Rakyat...: "Harakah (30 August 30 - Sept 2, 2010) stated: 'We have been repeating in these columns how the UMNO-led BN government will not cease to ..."

Sunday, July 25, 2010

steadyaku47: Cakap Cakap...as a Malay this is what I think...

steadyaku47: Cakap Cakap...as a Malay this is what I think...

Pandangan Dato' cukup bernas dan ikhlas. Apa yang berlaku pada bangsa Melayu adalah berpunca dari kelemahan pemimpin Melayu yang tidak berani 'berlawan' di padang terbuka. Mereka sentiasa perlukan tongkat sakti 'ketuanan melayu'. Percayalah selagi UMNO memerintah dengan kuasa 'ketuanan melayu' maka selagi itulah bangsa Melayu tidak punyai kekuatan yang asli.

Friday, February 26, 2010

Rosma , Nik Aziz dan Ku Li

Kisah orang politik memang menarik dibaca. Tidak kiralah mereka dari parti BN atau PR. Yang pasti, mereka punyai daya tarikan untuk dipuji atau dikeji.

Nama-nama seperti Ku Li, Anwar Ibrahim, Lim Guat Eng, Dr. Mahathir dan Nik Aziz tentulah sentiasa diperkatakan oleh rakyat. Mereka lebih menunjul berbanding menteri-menteri termasuklah TPM. Malah nama PM sendiri mungkin tidak begitu terserlah jika tidak dimainkan oleh media arus perdana.

Mungkin agak pelik nama seperti Rosma Mansur, Ghani Patail dan Musa Hasan menjadi lebih popular dibandingkan dengan nama-nama menteri yang sepatutnya rakyat perlu kenali. Barangkali juga disebabkan menteri-menteri tidak pernah berdamping dengan rakyat !.

Tidak kurang juga ada dikalangan orang politik dan ketua-ketua NGO cuba cari populariti. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan nama mereka masih boleh terpapar didada akhbar. Kalau hendak dikira dari segi nilai berita, mereka tidak ada apa-apa. Ibrahim Ali adalah contoh terbaik dari gulungan ini. Ramai juga yang mencuba seperti Ibrahim Ali tetapi gagal. Chandra Muzafar, Khair Toyo dan ramai lagi telah tengelam begitu sahaja.

Apa pun, manusia tetap manusia. Masing-masing ada cara tersendiri. Hanya mereka yang ada ilmu dan iman sahaja akan dapat bertahan. Manusia yang ghairahkan balasan keduniaan tidak akan pergi jauh. Mereka boleh beretorik dan buat berbagai konsipirasi tetapi yang menentukan kesudahannya adalah Allah s.w.t. Semoga mereka yang masih perlukan syurga Allah akan tersedar dari bisikan syaitan. Percayalah syaitan memang handal memperdayakan manusia. Maka itu, banyak banyakanlah ilmu supaya dapat membezakan antara kebenaran, dan kemenangan.

Kalaulah kemenangan itu yang dijadikan metalamat hidup pasti kebenaran tidak begitu diperlukan. Ramai orang politik di Malaysia hanya percaya pada kemenangan dan bukan kebenaran. Dan mereka tetap mempertahankan kemenangan itu walaupun ianya diperolehi secara tipu muslihat. Akibatnya, Malaysia akan 'go to the dogs' kata mat saleh.

Thursday, February 25, 2010

Lagu "Ketuanan Melayu"

Apa pun jenis manusia, mereka akan rosak bila dimanjakan. Begitulah dengan bangsa Melayu. Mereka sentiasa dibelai dan ditidurkan dengan lagu-lagu lunak. Terutamanya lagu 'Ketuanan Melayu'.
Hingga sekarang orang Melayu terlalu taksub dengan lagu Ketuanan Melayu. Mereka tidak nyeyak tidur kalau lagu 'berhantu' itu tidak dinyayikan. Malah mereka akan boleh mengamuk jika lagu itu cuba diubahsuaikan lirik atau melodinya.
Persoalannya, apakah benar Melayu tidak boleh berdirikari ?
Sesungguhnya Melayu akan terhina jika mereka berterusan disogokkan dengan lagu Ketuanan Melayu itu. Sebabnya, Melayu akan menjadi bangsa dogmatis dari segi pemikiran. Kemampuan otak Melayu tidak akan berdayamaju kerana lagu Ketuanan Melyu itu sendiri adalah satu lambang kebejatan pemikiran.
Siapa hendak dipersalahkan ! Lu fikirlah sendiri.