Friday, February 26, 2010

Rosma , Nik Aziz dan Ku Li

Kisah orang politik memang menarik dibaca. Tidak kiralah mereka dari parti BN atau PR. Yang pasti, mereka punyai daya tarikan untuk dipuji atau dikeji.

Nama-nama seperti Ku Li, Anwar Ibrahim, Lim Guat Eng, Dr. Mahathir dan Nik Aziz tentulah sentiasa diperkatakan oleh rakyat. Mereka lebih menunjul berbanding menteri-menteri termasuklah TPM. Malah nama PM sendiri mungkin tidak begitu terserlah jika tidak dimainkan oleh media arus perdana.

Mungkin agak pelik nama seperti Rosma Mansur, Ghani Patail dan Musa Hasan menjadi lebih popular dibandingkan dengan nama-nama menteri yang sepatutnya rakyat perlu kenali. Barangkali juga disebabkan menteri-menteri tidak pernah berdamping dengan rakyat !.

Tidak kurang juga ada dikalangan orang politik dan ketua-ketua NGO cuba cari populariti. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan nama mereka masih boleh terpapar didada akhbar. Kalau hendak dikira dari segi nilai berita, mereka tidak ada apa-apa. Ibrahim Ali adalah contoh terbaik dari gulungan ini. Ramai juga yang mencuba seperti Ibrahim Ali tetapi gagal. Chandra Muzafar, Khair Toyo dan ramai lagi telah tengelam begitu sahaja.

Apa pun, manusia tetap manusia. Masing-masing ada cara tersendiri. Hanya mereka yang ada ilmu dan iman sahaja akan dapat bertahan. Manusia yang ghairahkan balasan keduniaan tidak akan pergi jauh. Mereka boleh beretorik dan buat berbagai konsipirasi tetapi yang menentukan kesudahannya adalah Allah s.w.t. Semoga mereka yang masih perlukan syurga Allah akan tersedar dari bisikan syaitan. Percayalah syaitan memang handal memperdayakan manusia. Maka itu, banyak banyakanlah ilmu supaya dapat membezakan antara kebenaran, dan kemenangan.

Kalaulah kemenangan itu yang dijadikan metalamat hidup pasti kebenaran tidak begitu diperlukan. Ramai orang politik di Malaysia hanya percaya pada kemenangan dan bukan kebenaran. Dan mereka tetap mempertahankan kemenangan itu walaupun ianya diperolehi secara tipu muslihat. Akibatnya, Malaysia akan 'go to the dogs' kata mat saleh.

No comments: