Tuesday, July 22, 2008

PAS Memang Bengong

Saya pernah membenci PAS pada suatu ketika dulu. Saya tidak pernah nampak kebaikan PAS walaupun sebesar kuman. Pada saya, PAS hanyalah sebuah parti yang menggunakan Islam untuk buat silap mata.

Namun selepas peristiwa 1998, saya menjadi pemuja utama PAS. Saya melihat arwah Fadil Noor sebagai manusia yang berhak diberikan sokongan. Selepas itu, saya mula menghormati beberapa pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Harun Din dan beberapa orang lagi pemimpin PAS yang begitu telus dalam berpolitik keislaman.

Sokongan saya pada PAS tidak pernah mutlak. Beberapa pemimpin PAS memang kurang saya suka. Sikap mereka ala pemimpin UMNO menyebabkan saya tidak dapat menyerahkan sokongan bulat saya pada PAS. Beberapa pemimpin PAS yang berjiwa UMNO saya lihat memang tidak boleh dipercayai. Mereka begitu gilakan jawatan. Mereka hanya bertopengkan PAS. Pemimpin-pemimpin seperti Mustafa Ali, Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa dan ramai lagi memang saya ragui sejak dulu lagi. Mereka bakal merosakkan PAS. Mereka boleh menyebabkan seluruh rakyat, terutamanya bukan Melayu, hilang kepercayaan pada mereka. PAS akan dicop sebagai parti penipu. Malah saya tidak hairan jika PAS akan lebih rosak dari UMNO jika ianya tidak diperbaiki dari sekarang.

PAS mesti menolak pemimpin-pemimpin seperti Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa dan Hassan Ali. Malah pendirian Hadi Awang yang tidak menentu; ada juga ternampak kelibat UMNO diwajahnya, adalah salah satu penyakit yang sedang dideritai oleh PAS sekarang.

Suka atau tidak, PAS bakal menjadi parti sumpahan rakyat jika PAS memilih terus berkerjasama dengan BN/UMNO.

No comments: