Sebagai seorang Melayu-Islam, saya rasa PAS perlu disokong berbanding UMNO. UMNO hanya sesuai untuk Melayu sekular, Melayu yang menolak politik keugamaan.
Bagaimanapun, PAS bukanlah sebuah parti politik yang dinamik. Kelesuan PAS lebih terserlah selepas ketiadaan Fadhil Noor. Pemimpin seperti Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa bukanlah jenis pemimpin yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak mempunyai visi perjuangan yang boleh dimanafaatkan oleh rakyat Malaysia dimasa hadapan.
Tidak seperti Nik Aziz yang sentiasa dihormati oleh kawan dan lawan. Nik Aziz adalah jenis pemimpin yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Gaya kepimpinannya sentiasa diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Malah, beberapa pemimpin UMNO yang terpinggir akan mencari Nik Aziz untuk mencari barkat dalam talian hayat politik masing-masing. Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali dan beberapa orang lain telah mendapat nikmat tersebut.
Tidak pula pernah kedengaran yang Nik Aziz hendak mencari 'rezeki' dari UMNO. Langkah politiknya sentiasa kemas serta disulami dengan nilai-nilai keislaman. Nada Nik Aziz tetap serupa walaupun UMNO sentiasa menganggapnya sumbang.
Pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan mudah lupa diri kini sudah mula menunjukkan taring masing-masing. Mereka itu adalah manusia yang tidak sepatutnya dibiarkan berada dalam PAS. Mereka boleh menimbulkan berbagai angkara. Sumbangan mereka sebenarnya tidaklah seberapa kepada parti mahupun rakyat. Mereka sebenarnya oportunis. Mereka akan gunakan 'skill' politik untuk kepentingan diri.
Saya tidak hairan semua usaha Mustafa Ali, Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa untuk berbaik-baik dengan UMNO. Temberang mereka yang kononnya kesepaduan bangsa Melayu penting untuk menjamin kepentingan Islam di Malaysia. Nada Nasharuddin dan Najib bila bercakap pasal isu semasa semakin intim. Malah Nasharuddin kelihatan lebih percaya Saiful dari Anwar. Tolak Hassan Ali dan Mustafa Ali bila bercakap pasal UMNO kerana mereka lebih melayu dari pemimpin UMNO. Malah mereka seolah terlupa pasal Islam bila bercakap pasal Melayu.
Begitu lama PAS telah dipandang serong oleh non-muslim. PAS tidak pernah mendapat sokongan sehebat apa yang mereka perolehi pada pilihan raya yang lalu. Orang Cina dan orang India memberikan sokongan kepada PAS. Sebab itulah PAS menang dibeberapa kawasan walaupun pengundinya ramai dari kalangan non-muslim. Malangnya, pemimpin seperti Hasan Ali, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa sengaja buat-buat lupa. Perlukah PAS mengekalkan pemimpin-pemimpin seperti itu jika PAS ingin menjadi parti politik yang kuat dan mendapat sokongan seperti sekarang.
UMNO tidak pernah ikhlas dalam apa juga usaha mereka. Sebabnya, mereka lakukan sesuatu bukan kerana Allah tetapi bermatalamatkan selain daripada Allah. UMNO memancing PAS sekarang hanya kerana untuk menguatkan parti itu sendiri. Alangkah bodohnya PAS menyerahkan diri untuk menjadi santapan UMNO hanya umpannya perpaduan Melayu.
PAS memang semestinya disumpah oleh semua keturunan bangsa Malaysia sekiranya ia termakan umpan yang sedang dihulurkan oleh UMNO. Sebetulnya, umpan-umpan yang dihulurkan semuanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yangjenis pelahap. UMNO pasti akan picit-picit tangkapan itu kemudian selepas segala matalamatnya tercapai.
Dalam UMNO, manusia seperti Nasharuddin Mat Isa, Hasan Ali dan Mustafa Ali hanyalah umpama anak-anak ikan sahaja. Mereka sekadar dijadikan perhiasan dalam aqorium dan bila sampai masanya dibiarkan mati atau dijadikan umpan selanjutnya.
Perlumbaan kuasa dalam UMNO sendiri pun begitu dahsyat. Beberapa klik terbentuk sebelum pemilihan bulan Disember nanti. Permainan politik dalam UMNO bukan hanya setakat liwat, zina dan rasuah tetapi semuanya halal. Mungkin Nasaharuddin Mat Isa terbayangkan jawatan TPM bila Najib jadi PM nanti, sebab itulah dia begitu intim dengan Najib sekarang. Bolehkah orang UMNO membiarkan orang PAS jadi TPM? Sanggupkah orang UMNO berboskan orang PAS suatu hari nanti ? Atau mungkin juga pada ketika itu Nasharuddin Mat Isa sudah jadi Melayu tulin berbanding dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Pemimpin yang tersesat seperti itu semestinya dinyahkan dari PAS.
Apa pun, PAS tidak boleh biarkan parti mereka rosak hanya disebabkan beberapa kerat pemimpinnya yang lebih pentingkan kemelayuan dari keislaman. Percayalah Melayu boleh berubah mengikut zaman tetapi Islam tetap kekal sampai kiamat. Jangan korbankan PAS hanya pasal Melayu. PAS tidak akan terkorban jika Islam sentiasa jadi pegangannya.
No comments:
Post a Comment