Ramai pemimpin PAS mempunyai pendirian macam Mahfuz. Tidak mementingkan diri. Arah perjuangan politik mereka jelas. Namun, tidak boleh dipandang sepi bahawa memang ada terdapat pemimpin PAS yang mempunyai jiwa Melayu UMNO.
Perlu diingat, beberapa pemimpin PAS yang pernah merasakan nikmat perkahwinan PAS dan UMNO dulu, contohnya Mustafa Ali, tentunya terasa kegatalan bila teringat zaman silam. Pemimpin seperti itulah yang mungkin boleh menjadi duri dalam daging pada Pakatan Rakyat. Gulungan tersebut sebenarnya sentiasa mencari peluang. Manakala, UMNO mulalah mengatal macam orang sedang gila talak.
PAS adalah sebuah parti orang Melayu yang lebih 'flexible' berbanding UMNO. Jenama Islam yang dipakai PAS tidak begitu kuat untuk mengatasi perasaan kemelayuan. Pemimpin seperti Mustafa Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa dan juga Nasaruddin Mat Isa mempunyai darah Melayu berbanding darah Islam. Mereka tentunya lebih simpati pada UMNO dari PKR.
Bagaimana pun pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din dan Azizan adalah lebih berjiwa Islam. Pada mereka Islam mengatasi Melayu. Mereka lebih universal. Perjuangan mereka tidak mudah dipancing oleh UMNO. Duit UMNO tidak sama sekali mengiurkan mereka. Pangkat bukan buruan mereka.
Kalaulah PAS akhirnya termakan umpan UMNO, pasti PAS pada suatu hari nanti akan menyesal tidak sudah. Mereka pasti akan kehilangan segala-galanya apabila mereka sekali lagi dijadikan janda UMNO. Mereka menjadi janda bertaraf pelacur sahaja ketika itu. Tiada siapa akan percayakan pada PAS lagi.
Sekiranya jerat UMNO mengena, PAS pasti terkubur. UMNO sebaliknya akan menjadi kuat semula. Tidak mustahil segala impian rakyat sekarang untuk melihat UMNO/BN diketepikan untuk sementara (kalau pun tidak selama-lamanya) akan jadi cerita dogeng sahaja. Yang lebih pasti, kezaliman akan lebih bermaharaja lela. Apakah PAS ingin menjadi alat UMNO untuk itu semua ?. PAS akan disumpah anak cucu kita sampai bila-bila. Lebih mengerikan lagi, bila tidak ada lagi rakyat Malaysia percayakan pada perjuangan Islam nanti.
No comments:
Post a Comment