Friday, August 1, 2008

PAS Bernasib Baik Lagi...

PAS sudah buat keputusan. UMNO tidak akan jadi rakan politiknya untuk membentuk kerajaan campuran. PAS tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS bukan sahaja mengecewakan UMNO malah beberapa pemimpin PAS sendiri turut merasakannya. Pemimpin-pemimpin PAS seperti Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa pastinya terlalu kecewa kerana segala impian mereka untuk menjawat jawatan penting diperingkat kerajaan pusat terlepas. Tidak mustahil mereka akan melompat masuk UMNO jika umpan yang dihulurkan selama ini masih lagi ada.

Kononnya PAS terpaksa bermuzakarah dengan UMNO untuk kepentingan Islam dan Melayu. Bida’ah yang tersibar dan mudah ditelan oleh PAS; kalaulah PR membentuk kerajaan pusat dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu dan Islam pasti akan lemah. Sebabnya, PR akan diwakili oleh wakil rakyat (WR) yang kebanyakannya bukan Melayu dan beragama Islam. WR dari DAP semuanya bukan Melayu dan beragama Islam. Manakala, WR dari PKR juga bukan semuanya Melayu dan beragama Islam. Anwar pasti kena tunduk pada tuntutan WR dari DAP dan PKR itu sendiri jika mahukan jawatan Perdana Menteri.

Bukan sahaja WR PAS yang termakan dengan bida’ah UMNO itu, malah ramai orang Melayu dari berbagai latar belakang juga turut yakin dengan kelentong UMNO itu. Kononnya, nasib bangsa Melayu kini hanya terletak pada UMNO dan untuk itu PAS mesti berkorban apa sahaja demi mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.


Yang hairannya PAS semudah itu digula-gulakan oleh UMNO. PAS tidak pernah belajar sejarah. PAS begitu mudah lupa nasib dirinya. PAS seolah-olah masih jahil dalam perjuangan berpolitik. Atau mungkin juga, PAS kini sudah dipimpin oleh pemimpin-pemimpin muda yang berjiwa Melayu Islam dan bukannya Islam yang tulin.

PAS mesti ingat bahawa UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam dalam agenda politiknya. UMNO juga tidak pernah meletakkan kepentingan Melayu dalam agenda perjuangannya. UMNO hanya berjuang untuk segelintir orang Melayu yang menggunakan UMNO untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

Kalaulah benar UMNO meletakkan kepentingan Melayu itu dalam agenda perjuangannya, pasti Kelantan sudah menjadi sebuah negeri yang paling berjaya di Malaysia. UMNO pasti bangunkan Kelantan sebab Kelantan hampir sepenuhnya dimiliki oleh Melayu. Malah kedudukan Islam begitu kuat di Kelantan. Tetapi apa sudah jadi dengan Kelantan ?. UMNO sanggup biarkan Melayu di Kelantan merempat. UMNO sanggup mencerca hukum hudud yang ingin ditegakkan di Kelantan. Kalau boleh, UMNO mahu Kelantan merana di bawah PAS. Jadi, dakwaan UMNO yang kononnya mahukan PAS bersama-sama dengannya memperjuangkan nasib Melayu dan Islam ternyatalah satu kelentong.

No comments: