Friday, October 24, 2008

Arwah Pak Lah

Pak Lah sudah tidak ada apa-apa lagi. Walaupun, masih ada nyawa namun Pak Lah sudah tak ada maruah. Malah jiwanya pun begitu merapu. Bagaikan hantu raya yang tidak bertuan.

Pak Lah ditolak oleh semua. Rakyat menolaknya. Partinya sendiri juga menyisihkannya. Kawan-kawan politiknya menkamnya dari belakang. Pak Lah bagaikan kera sumbang. Pak Lah kini sudah dapat menempatkan dirinya sekelompok dengan menantu kesayangannya dalam gerobolan kera-kera yang terus-terusan membuat onak.

Selain kebaculan yang begitu tebal dalam jiwanya yang sentiasa keliru, Pak Lah sebenarnya tidak memiliki apa-apa bahan sebagai seorang pemimpin yang boleh diperkatakan.

Barangkali, nama Pak Lah terpaksa dicatatkan sebagai seorang perdana menteri Malaysia yang dijadikan secara kebetulan. Atau mungkin juga sebagai seorang manusia yang kebetulan berada dijawatan perdana menteri secara tidak sengaja. Yang pasti Pak Lah bukan seorang pemimpin yang boleh ditafsirkan mengikut tafsiran ilmiah.

Mahathir hendaklah bertanggung jawab di atas kesilapan meletakkan manusia bernama Pak Lah itu kesatu jawatan yang begitu penting dan mulia. Akibat kebobrokan pemikiran Mahathir dalam berpolitik, suatu jawatan yang begitu mulia dan penting seperti itu kini menjadi sesuatu yang hina. Semuanya disebabkan seorang manusia bernama Pak Lah @ Abdullah Ahmad Badawi @ Imam Hadhari.

Jika Pak Lah boleh dikirakan bacul dan haprak, Mahathir hendaklah dikira lebih teruk lagi. Tulisan Prof. Shahnom Ahmad tentang Mahathir dalam buku 'shit' yang menyamakan Mahathir dengan kepala tahi sememangnya tepat. Bidalan Melayu; Bagaikan beruk diberikan bunga adalah satu bidalan yang begitu sesuai pada Pak Lah. Tetapi bila bunga yang diberikan kepada beruk itu datangnya dari Mahathir, tentulah pemberi itu juga berfikiran kacau kalaupun tidak gila. Masakan orang yang siuman boleh memberikan bunga pada beruk ?

Dua nama manusia yang kononnya menjadi pemimpin Melayu itu sesungguhnya merupakan manusia yang paling hina. Kedua-duanya selayaknya menjadi badut sahaja. Kalaulah Hang Tuah masih hidup, tentu sekali kedua-dua badut ini akan dibunuh kerana mereka itulah yang bakal memadamkan sumpah 'tak kan Melayu hilang di dunia'. Bangsa Melayu pasti akan pupus dari planet bumi ini jika Malaysia akan terus membiarkan kedua-duanya memberikan 'idea' gila masing-masing.

Persoalannya sekarang, apakah selepas Pak Lah pergi nanti, Malaysia boleh diselamatkan dari Mahathir ?. Nasib Najib untuk jadi perdana menteri belum terjamin. Sebenarnya, masa depan politik Malaysia masih celaru. Semuanya disebabkan Mahathir dan Pak Lah.

Sunday, October 19, 2008

Pak Lah v Mahathir

Mungkin kali ini Pak Lah akan tunjukkan taring. Dia tak mahu dikatakan lembek lagi.


Bukan itu sahaja, Pak Lah kena selamatkan menantunya yang sedang lemas sekarang. Kalau tak, Khairy akan jadi arwah. Khairy bakal dibuang kelaut oleh kuncu-kuncu Najib dan Muhyiddin.


Pak Lah masih ada kuasa. Tempoh sebelum Mac, 2009 masih banyak boleh dimanafa'atkan. Malah kalau dia cerdik sedikit, Pak Lah masih mampu bertahan selepas itu. Kalau tidak, Pak Lah boleh buat jasa pada Ku Li untuk dijadikan bahan kenangan.


Sebagai Presiden dan PM, kuasa Pak Lah bagaikan suatu takdir dikalangan seluruh umat UMNO. Termasuklah Najib dan Muhyiddin. Keghairahan Najib dan Muhyiddin boleh disekat semudah polis menyaman pebuncing motosikal. Malah, Pak Lah boleh membisukan keceluparan Mahathir dengan kuasa yang ada. Barangkali, Mukriz juga boleh terpelanting dari persaingan dengan Khairy kalau Pak Lah mahu.


Mahathir, Najib dan Muhyiddin sebenarnya sudah dapat menconggak nasib mereka kalaulah Pak Lah gunakan kuasa. Tetapi pada masa yang sama, mereka masih mengharap agar Pak Lah terus terlena seperti biasa.


Mahathir dan Muhyiddin telah memalukan Pak Lah. Najib pula terbukti menikam Pak Lah dari belakang. Malah sudah ramai penyokong Pak Lah telah belot. Mereka nampak Pak Lah bagaikan patung sahaja. Pada mereka, Pak Lah sudah hilang kudrat. Pak Lah sudah tidak lagi diperlukan.


Busuk-busuk Pak Lah, rupanya busuk lagi mainan Muhyiddin dan Mahathir. Najib tentulah lebih busuk. Najib sudah berlangau. Tetapi disebabkan mentera Mahathir, Najib seolah-olah menjadi seorang wali dikalangan umat UMNO.


Pak Lah kena cepat bertindak terhadap Mahathir, Muhyiddin dan Najib. Pak Lah tidak boleh lagi mencari dalil untuk tidak menahan ketiga-tiga durjana UMNO itu. Tindakan Najib dan Muhyiddin berkomplot dengan Mahathir adalah satu perbuatan belot terhadap kepimpinan UMNO kerana Mahathir adalah orang luar. Samalah jika mana-mana pemimpin UMNO yang cuba bertaut pada Anwar Ibrahim.


Pak Lah mesti gunakan kuasanya sebagai presiden dan PM untuk bertindak terhadap Najib dan Muhyiddin. Kalau Mahathir boleh buat pada Anwar Ibrahim dulu, kenapa tidak Pak Lah ?

Sebenarnya Pak Lah lebih diwajarkan jika bertindak terhadap Muhyiddin dan Najib sekarang. Begitu juga tindakan terhadap Mukriz yang turut berpakat dengan bapanya yang kini hanyalah dikira orang luar. Dengan tindakan sedemikian, Pak Lah akan dapat menyelamatkan dirinya dan sekali gus kedudukan menantu kesayangannya.


Dalam manisfesto Najib untuk jawatan presiden, terang-terang Najib menyatakan yang Mahathir akan dilantik menjadi orang terpenting. Dengan kehadiran Mahathir kembali dalam senario politik negara, Pak Lah pasti bakal menerima kecelakaan yang amat parah.


Dendam Mahathir pada Pak Lah dan Khairy tidak pernah padam. Malah kini lebih semarak. Tindakan Pak Lah menamatkan semua projek mega Mahathir seakan menjadi lahar dalam jiwa Mahathir. Beberapa tindakan Khairy termasuk memperli Mahathir dihadapan beberapa pelajar di luar negara menambahkan lagi kehangatan lahar itu. Lahar itu kini sudah cukup panas untuk diletupkan. Mahathir seakan tidak sabar-sabar lagi hendak menyimbah lahar itu kepada Pak Lah dan Khairy.


Senario politik UMNO sekarang memang perlukan ketangkasan dan kelicikan. Setakat ini, Najib dan Muhyiddin kelihatan begitu berjaya bertindak untuk mencapai matalamat masing-masing. Tanpa kuasa seperti apa yang ada pada Pak Lah, mereka tetap berjaya. Bayangkanlah, kalau mereka sudah dapat kuasa dari Pak Lah !. Usahkan Khairy, Pak Lah sekali pasti diusir jauh-jauh.


Tidak boleh dinafikan bahawa Pak Lah juga ada kecerdikan dalam berpolitik walaupun tidak cukup licik. Kalau tidak, masakan dia boleh ketahap sekarang. Namun, kecerdikan Pak Lah tidaklah setanding dengan kecerdikan Mahathir. Mahathir bukan sahaja cerdik dan licik tetapi pembelit. Belit Mahathir lebih teruk dari ular sawa. Sifat ’killer instinct’ yang sentiasa dianuti Mahathir telah menjadikan dia cukup berjaya. Mahathir begitu senonim dengan ular sawa yang membelit dan membunuh mangsanya.



Pak Lah sebenarnya tidak ada banyak pilihan. Pak Lah mesti pergi selepas bulan Mac, 2009 nanti. Kalau Pak Lah tidak berhenti, dia akan kehilangan kredibiliti. Malah Pak Lah kena buktikan yang dia adalah manusia yang berpegang pada janji kali ini. Tetapi, Pak Lah tidak pergi dengan tangan kosong. Pergi Pak Lah ketika itu bakal diiringi dengan langkah seorang wira. Wira yang telah berjaya menumbangkan pembelot UMNO.


Untuk menjadi wira UMNO, Pak Lah kenalah bertindak terhadap pembelot-belot seperti Najib, Muhyiddin, Mukriz dan ramai lagi . Banyak alasan untuk menyembelih mereka. Mereka semua banyak dosa. Jika dibolehkan melihat rekod mereka dipapan Luh Mahfuz, tentu seluruh muka bumi Malaysia ini bakal menjadi hamparan untuk merekod segala kegiatan jahat mereka.


Pak Lah mesti ada keberanian untuk menentang arus. Sesekali jadilah jantan. Buatlah sesuatu walaupun sekali untuk menyukakan rakyat. Sekarang rakyat begitu mahukan perubahan dalam semua sudut kehidupan di Malaysia. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang lebih terbuka dan tidak begitu terikat dengan nilai-nilai lama seperti sekarang ini. Dalam kata mudah, rakyat sudah jelak dengan gaya pemerintahan BN/UMNO.


Pasti Pak Lah akan disanjungi oleh rakyat dimasa akan datang jika dia berani mengubah wajah sistem berpolitik negara. Pak Lah tidak akan dapat berjasa lagi pada sesiapa pun kalau dia masih mahu berharapkan pada UMNO. Pak Lah kena sedar bahawa umat UMNO kini sudah belot pada Pak Lah. Mereka mahu menjadikan Pak Lah sebagai binatang korban mereka pada hari raya korban yang bakal disambut tidak lama lagi.


Dalam keadaan sekarang, Pak Lah hanya boleh berharap pada Ku Li atau Anwar Ibrahim sahaja. Jika Pak Lah tahu mengambil kesempatan dari kedua-dua mangsa Mahathir ini, Pak Lah bakal ditabalkan sebagai wira rakyat. Nama Pak Lah pasti tersemat dalam lipatan sejarah Malaysia moden nanti.


Pak Lah v Mahathir


Saturday, October 4, 2008

Najib Vs Mahyuddin

Apa yang sedang berlaku dalam UMNO sudah cukup mengharu birukan BN itu sendiri. Malangnya, belum ada lagi part-parti komponen BN, kecuali SAPP yang berani menghentam UMNO secara terbuka. Mereka masih terus membodek UMNO.

Pak Lah kini sudah tersepit. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Samada Pak Lah hendak bertanding atau tidak dalam pemilihan akan datang, ianya sudah tidak penting lagi. Yang pasti, Pak Lah sudah terkeluar dari persaingan. Mungkin yang akan menjadi 'gempaq' sikit bila adanya pertandingan antara Najib, Mahyuddin dan Ku Li untuk jawatan nombor 1.

Barangkali orang yang paling sibuk mengatur strategi sekarang adalah Khairy. Khairy tahu nyawanya kini ibrat telor dihujung tanduk. Namun Khairy juga sedar bahawa kudrat bapa mertuanya maih boleh dimanupulasikan jika kena caranya. Dalam UMNO, tipu helah adalah satu bentuk seni yang sentiasa dianuti oleh warganya yang jumud. Tambahan pula, sikap dogmatik dan bodek memang sudah dibudayakan dalam UMNO. Khairy tahu sangat perkara itu. Khairy akan memanupulasikan keadaan itu sepenuhnya.

Pak Lah sudah ditahap nyawa-nyawa ikan. Hanya malikat maut sahaja yang masih menyampah tengguk mukanya. Tetapi, ikan tetap ikan. Ikan tetap boleh dimakan walau apa pun keadaannya. Paling teruk, bila sudah sudah busuk, ikan boleh dijadikan ikan masin. Tetap boleh dimakan akhirnya. Khairy melihat bapa mertuanya seperti ikan dalam senario sedemikian.

Khairy tahu Najib sukar didampingi kerana dia dilindungi seorang wanita gendut yang ganas. Tetapi Najib boleh ditewaskan kerana rahsia jahatnya semuanya berada dalam poket Pak Lah. Kahiry tahu bapa mertuanya pasti memberikan semua itu kepadanya bila dia membuka sifir politik untuk ditatap oleh bapa mertuanya yang sedang nazak kini. Khairy boleh memberikan sedikit kegembiraan pada Pak Lah dalam keadaan sekarang.

Khairy hanya mahukan kata-kata wasiat Pak Lah. Sebagai bekas presiden, wasiat Pak Lah mungkin cukup lunak untuk dipatuhi oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO. Pak Lah hanya perlu katakan dalam wasiatnya bahawa dia lebih percaya pada Mahyudin mengantikan tempatnya kerana Najib sedang menghadapi berbagai tohmahan.
Tentulah wasiat Pak Lah telah ditunjukkan kepada Mahyuddin terlebih dahulu dan yang membawanya tentulah Khairy sendiri.

Pada masa yang sama, Mahyuddin kenalah menyatakan sokongannya pada Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda.

Sebenarnya, Khairy mempunyai banyak peluru untuk ditembak kepada Najib dan sesiapa yang jadi penghalangnya. Bukan sahaja setakat C4, lebih dari itu pun Khairy boleh adakan. Khairy telah mengumpulkan segala kekuatan itu sebaik sahaja Nori menjadi isterinya. Keadaan PaK Lah yang lembek dan bengong lebih memudahkan Khairy memanupulasikan segala sumber yang ada untuk kepentingan dirinya.
Walaupun rakyat Malaysia sudah meluat melihat gelagat gila pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang, UMNO tetap mendominasi struktur politik Malaysia. Bukan itu sahaja, UMNO juga sentiasa menentukan arah hala tuju dan wajah negara. Suka tidak suka, itulah realitinya. Barangkali, Pakatan Rakyat (PR) boleh menidakkan senario itu tetapi tentunya bukan sekarang. Kerana PR itu sendiri masih tercari-cari peluang untuk berkuasa. Sementara UMNO yang sedang berkuasa hanya perlu mencari atau membina kekuatan semula melalui pemimpin-pemimpin baru yang kini sedang rancak dilakukan.
Maka itu, suka atau tidak, pemilihan jawatan presiden UMNO memang sewajarnya diberikan perhatian. Najib sudah pasti mahukan jawatan nombor 1 itu. Tetapi lawannya belum diketahui sehinggalah Pak Lah membuat pengumuman penting yang dijangkakan pada 8/10/2008 nanti.