Apa yang sedang berlaku dalam UMNO sudah cukup mengharu birukan BN itu sendiri. Malangnya, belum ada lagi part-parti komponen BN, kecuali SAPP yang berani menghentam UMNO secara terbuka. Mereka masih terus membodek UMNO.
Pak Lah kini sudah tersepit. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Samada Pak Lah hendak bertanding atau tidak dalam pemilihan akan datang, ianya sudah tidak penting lagi. Yang pasti, Pak Lah sudah terkeluar dari persaingan. Mungkin yang akan menjadi 'gempaq' sikit bila adanya pertandingan antara Najib, Mahyuddin dan Ku Li untuk jawatan nombor 1.
Barangkali orang yang paling sibuk mengatur strategi sekarang adalah Khairy. Khairy tahu nyawanya kini ibrat telor dihujung tanduk. Namun Khairy juga sedar bahawa kudrat bapa mertuanya maih boleh dimanupulasikan jika kena caranya. Dalam UMNO, tipu helah adalah satu bentuk seni yang sentiasa dianuti oleh warganya yang jumud. Tambahan pula, sikap dogmatik dan bodek memang sudah dibudayakan dalam UMNO. Khairy tahu sangat perkara itu. Khairy akan memanupulasikan keadaan itu sepenuhnya.
Pak Lah sudah ditahap nyawa-nyawa ikan. Hanya malikat maut sahaja yang masih menyampah tengguk mukanya. Tetapi, ikan tetap ikan. Ikan tetap boleh dimakan walau apa pun keadaannya. Paling teruk, bila sudah sudah busuk, ikan boleh dijadikan ikan masin. Tetap boleh dimakan akhirnya. Khairy melihat bapa mertuanya seperti ikan dalam senario sedemikian.
Khairy tahu Najib sukar didampingi kerana dia dilindungi seorang wanita gendut yang ganas. Tetapi Najib boleh ditewaskan kerana rahsia jahatnya semuanya berada dalam poket Pak Lah. Kahiry tahu bapa mertuanya pasti memberikan semua itu kepadanya bila dia membuka sifir politik untuk ditatap oleh bapa mertuanya yang sedang nazak kini. Khairy boleh memberikan sedikit kegembiraan pada Pak Lah dalam keadaan sekarang.
Khairy hanya mahukan kata-kata wasiat Pak Lah. Sebagai bekas presiden, wasiat Pak Lah mungkin cukup lunak untuk dipatuhi oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO. Pak Lah hanya perlu katakan dalam wasiatnya bahawa dia lebih percaya pada Mahyudin mengantikan tempatnya kerana Najib sedang menghadapi berbagai tohmahan.
Tentulah wasiat Pak Lah telah ditunjukkan kepada Mahyuddin terlebih dahulu dan yang membawanya tentulah Khairy sendiri.
Pada masa yang sama, Mahyuddin kenalah menyatakan sokongannya pada Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda.
Sebenarnya, Khairy mempunyai banyak peluru untuk ditembak kepada Najib dan sesiapa yang jadi penghalangnya. Bukan sahaja setakat C4, lebih dari itu pun Khairy boleh adakan. Khairy telah mengumpulkan segala kekuatan itu sebaik sahaja Nori menjadi isterinya. Keadaan PaK Lah yang lembek dan bengong lebih memudahkan Khairy memanupulasikan segala sumber yang ada untuk kepentingan dirinya.
Walaupun rakyat Malaysia sudah meluat melihat gelagat gila pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang, UMNO tetap mendominasi struktur politik Malaysia. Bukan itu sahaja, UMNO juga sentiasa menentukan arah hala tuju dan wajah negara. Suka tidak suka, itulah realitinya. Barangkali, Pakatan Rakyat (PR) boleh menidakkan senario itu tetapi tentunya bukan sekarang. Kerana PR itu sendiri masih tercari-cari peluang untuk berkuasa. Sementara UMNO yang sedang berkuasa hanya perlu mencari atau membina kekuatan semula melalui pemimpin-pemimpin baru yang kini sedang rancak dilakukan.
Maka itu, suka atau tidak, pemilihan jawatan presiden UMNO memang sewajarnya diberikan perhatian. Najib sudah pasti mahukan jawatan nombor 1 itu. Tetapi lawannya belum diketahui sehinggalah Pak Lah membuat pengumuman penting yang dijangkakan pada 8/10/2008 nanti.
No comments:
Post a Comment