Pergelutan kuasa dalam Barisan Nasional sudah parah. Semua parti utamanya sedang luka. MCA dan MIC cukup kritikal. UMNO yang cuba ditunjulkan sebagai tidak sakit sebenarnya sudah mula terkena jangkitan virus yang berbahaya dari virus AIDS.
Berbanding Pakatan Rakyat, BN sudah terlalu parah. BN terselamat hanya disebabkan RTM, TV3, NST, Utusan Malaysia dan beberapa NGO upahan. Namun, maut tidak boleh diatasi oleh media. Maut, BN terutama UMNO sudah hampir.
Serangan UMNO terhadap PR terutama PKR tidak akan berjaya. Sebabnya bukan disebabkan, PR itu kuat tetapi BN/UMNO itu sendiri sedang berpenyakit. Penyakit BN/UMNO sudah tidak boleh diubati. Seperti pesakit AIDS atau cancer hanya bertarung dengan nyawa. Maut tetap datang.
UMNO yang berpenyakit menjadi lebih parah bila beberapa orang kanan UMNO sendiri sedang mengatur strategi untuk menyerang antara satu sama lain. Mungkin UMNO cuba menafikan perkara ini tetapi hakikatnya UMNO kena juga hadapi. Najib dan Hishamuddin sedar Muhyiddin dan Zahid boleh menjadi regu menentang mereka. Begitu juga Muhyiddin dan Zahid tahu nasib mereka dalam hiraki kepimpinan negara tidak akan pergi kemana kerana Najib tentu memberikan keutamaan kepada sepupunya itu. Najib pasti menjejaki tindakan arwah bapanya dulu.
Sekarang pun Muhyiddin dan Zahid sudah mula menimbulkan onak kepada Najib. Sikap rasis Muhyiddin lebih sesuai untuk pengikut akar umbi UMNO. Retorik politik Najib Satu Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti Islam Hadari. UMNO tidak boleh bertahan tanpa teriakan Ketuanan Melayu. Satu Malaysia Najib begitu bercanggah dengan Ketuanan Melayu. Muhyiddin tentunya lebih berjiwa UMNO berbanding Najib yang dikira sudah tidak lagi berjiwa Melayu.
Kalaulah Muhyiddin ada keberanian menentang Najib seperti apa yang pernah dia lakukan terhadap Pak Lah, pasti UMNO akan singkirkan Najib. Malah kerja Muhyiddin menyingkirkan Najib lebih mudah berbanding penyingkiran Pak Lah kerana Najib lebih kotor dari Pak Lah dalam pelbagai perkara dan cerita.
Cerita kekotoran Najib memang diakui oleh Mahathir sendiri. Kalaulah, Najib tidak kotor, Mahathir pasti telah melantik Najib sebagai pengantinya dan bukannya Pak Lah.
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment