Ketika Hari Raya hanya tinggal dua hari lagi, suasana dan iklim ketidaktentuan agak terus menghantui kehidupan rakyat Malaysia yang prihatin.
Senario politik dan Ekonomi negara berada dalam persepsi yang bukan 'conducive'. Barangkali hanya pada mereka yang munafik sahaja yang berpendapat sebaliknya. Tentunya, pada mereka yang rendah pengentahuan umum atau juga disebabkan fahaman dogmatik pada pemerintah, akan tetap percaya pada apa juga kelentong yang dimuntahkan dari media pemerintah.
Kemelut berpolitik dalam UMNO tidak pernah surut. Pada pemimpin UMNO, terutamanya Pak Lah dan Najib, kepentingan masa depan mereka dalam politik dikira lebih penting dari persoalan negara. Lantak pergi dengan ekonomi dan maruah negara, asalkan kedudukan mereka dalam syurga idaman mereka dapat disempurnakan.
Malangnya, hampir seluruh pemimpin UMNO, mungkin Ku Li terkecuali, tetap memberikan sokongan penuh pada kedua-dua pemimpin tersebut. Mereka seolah-olah telah termakan ubat guna-guna yang diberikan oleh Rosmah. Rosmah tentulah satu personaliti yang memainkan peranan disebalik tabir dalam transaksi 'lelong kuasa' antara Pak Lah dan Najib.
Cadangan yang kononnya untuk peroses peralihan kuasa yang teratur kepada Najib sebenarnya hanyalah satu mainan politik Pak Lah. Najib yang penuh bermasaalah tentunya tidak banyak pilihan. Apa yang Najib boleh lakukan hanyalah berbuat sesuatu supaya pemimpin UMNO lain tidak boleh menumbangkan Pak Lah dalam masa terdekat ini. Najib perlukan Pak Lah lebih dari apa yang Pak Lah perlukan darnya. Malah Pak Lah tidak perlukan Najib jika tidak disebabkan tahi yang diberakkan oleh Khairy Jamaluddin merata-rata.
Beban Pak Lah sebenarnya adalah Khairy Jamaluddin. Sementara Najib pula hanyalah 'toyol' yang diperlukan oleh Pak Lah untuk terus mempertahankan kuasa. Pak Lah perlukan masa yang lebih lama dan bulan Mac, 2009 tentulah bukan masa sesuai untuknya menyerahkan kuasa kepada sesiapa.
Pak Lah hanya boleh dijatuhkan oleh kuasa luar. UMNO/BN tidak berkemampuan untuk menolak Pak Lah. Seluruh jentera BN/UMNO sudah di bikin sebegitu rupa untuk mempertahankan kuasa presiden UMNO, waimah presiden UMNO itu seorang yang lembek atau bacul. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab di atas sistem yang bobrok itu.
Barangkali Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim boleh memecah kebuntuan tersebut. Dengan kelicikan berpolitik yang ada pada Anwar, PR berkemungkinan besar boleh menumbangkan UMNO/BN dari tahta kuasa. Malah dengan segala kusut masai yang sedang melanda UMNO ketika ini, PR dipercayai lebih mudah bertindak untuk menghalau UMNO dari anjung kuasa.
Anwar tidak akan ada peluang lagi selepas ini jika beliau gagal berbuat sesuatu untuk menghalau UMNO/BN dari Putrajaya. Tidak semestinya Anwar perlu jadi pemimpin yang budiman untuk jadi Perdana Menteri dan sekali gus menghapuskan bida'ah yang kononnya PM mesti dari UMNO. PR mesti berikan sepenuhnya sokongan pada Anwar untuk membolehkan PR mengajar UMNO supaya mereka tahu bahawa rakyat yang celik tidak suka pada pemimpin yang terlalu pentingkan diri sendiri hinggakan kebajikan negara dan rakyat diketepikan.
No comments:
Post a Comment