Mukriz tidak keluar dari UMNO sebab baginya UMNO lebih penting dari bapaknya. Bapaknya dah nak mati sementara UMNO baru nak mati.
Kalau Mukriz fikir mahu serang Pak Lah dari dalam UMNO dan bapaknya pula serang dari luar UMNO, pasti Mukriz jadi umpan keluarga Pak Lah yangmana Pak Lah dan menantunya ada dalam UMNO dan mudah bagi mereka menendang MUkriz keluar dari UMNO.
Apa yang sedang berlaku dari peristiwa Mahathir keluar dari UMNO ini lebih menjurus soal pertelingkahan peribadi antara keluarga Mahathir dan Pak Lah. Mahathir beregu dengan Mukriz sementara Pak Lah dengan Khairy Jamuluddin (KJ). Orang UMNO yang lain-lain hanya jadi burung belatuk. Apa pun, Mahathir bukan pihak yang boleh diharapkan sangat. Faktor usianya yang sudah hendak mati dan ketiadaan kuasa tidak sama sekali menyebelahi Mahathir. Mukriz sedar itu semua maka itulah dia tidak keluar UMNO. Bila Mukriz keluar UMNO, itu bermakna KJ sudah menang dan sekali gus menandakan berakhirnya kerjaya politik sibudak botak anak Mahathir itu. Apa pun, masa depan Mukriz boleh dikatakan sudah penghujung. Semuanya dicarumkan oleh bapaknya. Kalau bukan disebabkan keceluparan mulut Mahathir, pasti Mukriz sudah jadi menteri dalam kabinet baru Pak Lah. Tengguklah sahaja nasib Najib dan Hishamuddin yang semudah itu dapat jadi menteri walaupun otak mereka agak benggap juga.
Apa yang berlaku pada Mahathir sekarang adalah satu sumpahan dari ribuan rakyat yang pernah dizalimi oleh Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dulu. Ingatlah betapa deritanya anak-anak Ibrahim Libya kerana dibunuh Mahathir hanya kerana Ibrahim Libya berkeras dengan cara berdakwah. Tidak mungkin ketua kumpulan al-Ma'unnah memberontak hinggakan dia kemudian dihukum mati oleh Mahathir jika Malaysia diperintah secara adil dan saksama oleh rejim Mahathir. Berapa ramai rakyat ditahan bawah ISA hanya semata-mata mereka tidak setuju pada Mahathir.
Apa pula dosa Salleh Abas dan beberapa hakim lain dipecat ? Bukan itu sahaja, siapa tidak ingat bila Mahathir berbohong dengan muka selamba sahaja bila menuduh Anwar Ibrahim memukul dirinya sendiri hinggakan lebam matanya walaupun kemudiannya sikaki pukul yang juga orang kuat Mahathir bernama Rahim Noor mengakui yang dia pukul Anwar. Sebelum buat fitnah terhadap Anwar gile-gile, Mahathir juga fitnahkan Nabi Muhammad bila dia kata Nabi Muhammad simpan janggut panjang pasal tak ada pisau cukur. Lebih dahsyat lagi, bila Mahathir cuba buat terjemahan kuraan mengikut syahwatnya sendiri.
Kegilaan Mahathir adalah menyeluruh. Semua orang dalam pandangannya tidak bagus melainkan orang itu berfikiran senada dengannya. Hipokrasi Mahathir pula cukup terbilang. Hari ini dia akan serang Amerika, besok lusa dia jumpa dan peluk pemimpin Amerika walaupun terpaksa pakai jutaan duit rakyat untuk maksud itu. Bila kutuk Israil dan yahudi, Mahathir nampak macam dialah pejuang wahid menentang bangsa laknat itu tetapi dalam diam-diam dia duduk bersembang mencari keuntungan dengan pemimpin yahudi. Waktu kutuk soros, seluruh dunia bagai hendak ruboh dibuatnya tetapi selepas soros tunjukkan lubang duit, Mahathir terhegeh-hegeh memeluk Soros. Bukan itu sahaja, Mahathir juga terus menjalinkan silaturahim dengan Henry Kessinger, seorang Yahudi yang begitu ternama diAmerika.
Sebenarnya, orang UMNO kena buat kenduri kesukuran bila Mahathir keluar dari UMNO. Orang UMNO seharusnya bersukur kerana parti mereka sudah tidak lagi ada manusia yang paling munafik. Kata-kata Musa Hitam yang mengatakan Mahathir ibarat duri dalam daging memang tepat. Barangkali, Mahathir adalah racun yang selama ini telah merosakkan UMNO.
Jasa Mahathir tidak lah sebesar mana. Janganlah hanya disebabkan adanya bangunan KLCC dan Putrajaya, semua rakyat rela meneboskan dosa Mahathir yang tidak boleh dipadamkan melainkan dengan bakaran api neraka. Angkara Mahathir menyebabkan kerosakan pada Malaysia terlalu besar. hampir semua sistem bernegara telah dirosakkan oleh Mahathir. Keluhuran undang-undang Malaysia sudah dilacur dan diliwati oleh Mahathir hingga ketahap yang sudah kena jangkitan HIV. Kemuliaan agama Islam dan kebebasan beragama di Malaysia oleh orang-orang bukan Muslim semua punah oleh beberapa langkah gila yang dicipta oleh Mahathir. Keharmonian bangsa Malaysia menjadi kucar kacir oleh sistem yang dicipta oleh Mahathir.
Memang sepatutnya Mahathir dapat sumpahan. Keluar dari UMNO tentunya tidak memadai untuk Mahathir mendapatkan ihsan dari rakyat bagi menebus segala dosa yang pernah dilakukan pada rakyat. Mungkin api neraka boleh menghilangkan segala dosa-dosa Mahathir.
No comments:
Post a Comment