Tidak dinafikan PAS telah banyak membantu parti-parti politik Melayu bila parti-parti tersebut menghadapi masaalah. Bila UMNO tersepit pada PRU 1969, PAS lah yang dijadikan tempat mengadu UMNO. Begitu juga parti Semangat 46 yang perlukan regu selepas Ku Li berkelahi dengan Mahathir. Dan sekarang PKR pula yang berkawan dengan PAS. Apakah PAS yang menolong PKR atau sebaliknya sekarang ?
Dalam banyak hal, PAS tentunya boleh dikatakan agak lebih 'established' berbanding PKR. Bukti mudahnya sahaja, dari 5 negeri yang diperintah PR, 3 darinya sedang diperintah oleh pemimpin dari PAS. Tetapi persoalannya, apakah itu sudah cukup membuktikan PAS sudah cukup kuat hinggakan ia tidak perlukan PKR dan DAP ? Jawapan secara jujur tentunya tidak. Hakikatnya PR berada dalam keadaan sekarang adalah disebabkan faktor sokongan rakyat kepada PR dan bukannya PKR, PAS mahupun DAP secara berasingan.
Maka itu, adalah diharapkan tidak ada mana-mana pihak dari PKR, DAP atau pun PAS yang cuba mendabik dada. Biar pun PKR adalah sebuah parti baru setahun jagung berbanding PAS dan DAP, kehadiran PKR bolehlah dikatakan agak 'significant' pada PR. Sejarah telah membuktikan bahawa DAP dan PAS telah gagal menyerlah dalam mana-mana PRU sebelum ini walaupun mereka mengetengahkan berbagai isu untuk rakyat lihat. Rakyat masih tidak begitu pedulikan mereka sehinggalah Anwar Ibrahim menjadi juru cakap pada kumpulan mereka. Dalam kata mudah, tanpa Anwar belum tentu PR berada di tempat apa yang mereka punyai sekarang.
Barangkali selepas PRU 12 nanti, rakyat akan menjadi lebih celik pada hak mereka berkaitan PRU. Mungkin juga PR lebih mudah mendapat pilihan rakyat sebelum ini. Apakah boleh mana-mana pihak dari PR tidak kira PKR, DAP mahu pun PAS pada ketika itu mendabik dada kononnya merekalah yang menyebabkan rakyat memilih PR. Percayalah, kalaulah itu sikap pemimpin politik PR nanti, PR akan berpecah dan parti pembangkang akan kekal jadi parti pembangkang sampai bila-bila.
Yang pasti seluruh pemimpin BN terutamanya UMNO akan kembali menjadi zalim. Pada ketika ituseluruh rakyat akan bangun memberontak dan jika tidak terkawal, Malaysia akan menjadi sebuah negara anarkis seperti Mynmar atau Sudan.
No comments:
Post a Comment