Masaalah orang Melayu bukannya perpaduan bangsa. Masaalah orang Melayu pada hari ini, terutama selepas PRU 12 hanyalah masaalah persepsi yang salah. Persepsi yang kononnya UMNO adalah pejuang Melayu. Bila UMNO kalah berpolitik maka disimpulkan Melayu juga sudah tewas. Semuanya disebabkan mainan politik UMNO.
Sepatutnya orang Melayu kena berfikiran terbuka. Dogma lama yang begitu terikat pada UMNO mesti dikikis. UMNO dan Melayu mesti dipisahkan bila hendak bercakap pasal kepentingan Melayu. UMNO hanyalah sebuah parti politik yang boleh terhapus bila-bila sahaja. Sebaliknya, Melayu adalah satu bangsa yang telah lama ujud sebelum UMNO itu dikenali. Tanpa Melayu, UMNO tidak ada apa tetapi tanpa UMNO, Melayu masih ada banyak lagi boleh diperjuangkan.
UMNO yang ada sekarang bukan lagi ada jiwa Melayu seperti UMNO asal yang ditubuhkan oleh Dato Onn. Semua orang tahu bahawa UMNO yang ada pada hari ini adalah sebuah parti politik yang dihalalkan atas kertas selepas ia diistiharkan sebagai haram oleh undang-undang negara. Dalam kata mudah, UMNO hari ini adalah anak haram yang terlahir dari noda dan dosa yang disihirkan oleh Mahathir. Ironisnya, semua pemimpin Melayu yang pada mulanya menentang Mahathir akhirnya sanggup mengiktiraf anak haram itu. Pemimpin seperti Pak Lah, Ku Li dan Rais Yatim memang tidak mempunyai maruah bila sanggup menerima benih haram yang telah dipancutkan oleh Mahathir.
Jadi apalah hendak diharapkan dari anak haram seperti UMNO itu ? Sebab itulah apa yang terjadi sekarang pada bangsa Melayu semestinya dipertanggung jawabkan keatas pemimpin-pemimpin UMNO yang masih beria-ia sangat membela anak haram yang memangnya tidak tahu diuntung.
Adakanlah seratus atau mungkin seribu perjumpaan yang kononnya untuk perpaduan Melayu, natihajnya pasti gagal. Sebabnya, semua usaha tersebut tidak ada keberkatannya. Mana mungkin orang Melayu boleh mendapat kejayaan kalau apa yang dibuatnya semuanya berlandaskan kerja-kerja haram yang sudah begitu sebati pada anak haram UMNO itu sendiri. Lebih parah lagi bila jiwa Melayu Islam yang sepatutnya ada dalam pemimpin Melayu UMNO sekarang tampaknya sudah tiada lagi. Apa yang jelas, pemimpin-peminpin itu begitu sibuk mengumpul kekayaan peribadi tanpa memperdulikan kebajikan orang Melayu yang berada diluar persepsi kemelayuan mereka.
Maka itu orang Melayu mestilah ingat bahawa tidak ada apa-apa masaalah yang sedang berlaku seperti yang sedang digembar gemburkan oleh UMNO sekarang. Perpaduan Melayu tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa sekiranya orang Melayu berani melepaskan diri mereka dari belengu kekalutan dan momokan ciptaan UMNO. Melayu masih ada wadah lain untuk berjuang bersama-sama bangsa-bangsa asing. Lebih penting orang Melayu mesti punya keberanian mengatakan 'tidak' pada UMNO. UMNO mesti dikapankan jika orang Melayu mahukan dimensi baru dalam perjuangan bentuk baru untuk kejayaan yang lebih gembilang pada masa-masa yang mendatang.
No comments:
Post a Comment