Jangan cakap pasal dosa terhadap orang UMNO. Kerana dosa memang bahan yang membentuk UMNO. UMNO (UMNO baru yang ditubuh oleh Mahathir) pun dilahirkan secara haram. Keujudan UMNO yang ada pada hari ini datangnya dari keturunan haram. Jadi, tentulah dosa yang mengunggulinya.
Bila UMNO dihidupkan sekali lagi oleh Mahathir, ahli-ahli UMNO semuanya berdosa. Bersubahat kerana menipu dalam proses penubuhan UMNO. Mahathir sengaja bermain silap mata untuk membolehkan UMNO baru disahkan penubuhannya dan kemudian perkataan UMNO baru secara perlahan-lahan lenyap dan hanya tinggal perkataan UMNO digunakan. UMNO baru itu kemudiannya dikenali semula sebagai UMNO asal sepertimana yang mula-mula diperkenalkan oleh Dato' Onn terdahulu. Semuanya dilakukan dalam bentuk tipu daya dan tentunya penuh noda dan dosa.
Maka itu peduli apa dengan dosa yang kononnya dilakukan oleh Khairy!. Bagi perlaku dosa seperti Khairy tidaklah dikira amat berdosa jika dia melakukan dosa dalam satu pertubuhan yang diasaskan atas rimbunan dosa.
Sebab itulah dalam UMNO sesiapa sahaja boleh melakukan dosa asalkan tidak melawan presidennya. Ditambah pula presiden UMNO sekarang ini sudah mendapat gelaran imam besar hadhari. Membunuh, berzina dan memfitnah tentulah begitu sebati dengan ramuan bahan adunan UMNO. Dosa dalam UMNO hanyalah sebagai perencah yang menambahkan lagi keenakan resepi UMNO untuk ditelan oleh orang Melayu yang masih lagi mudah diperlekehkan oleh UMNO.
Dosa Khairy sebenarnya tidaklah sebesar mana. Pekikan kebencian terhadapnya tidak akan jadi marak jika dia tidak dibenci oleh Mahathir. Jika dibandingkan Anwar sewaktu Anwar jadi anak didik Mahathir suatu ketika dulu, Khairy tidaklah dilayan sebegitu istimewa seperti apa yang Anwar dapat. Bezanya, Anwar begitu terlindung oleh 'super power' yang dimiliki oleh Mahathir ketika itu. Siapa yang berani tegur Mahathir pada ketika itu ? Anwar begitu menconak naik dalam hiraki UMNO walaupun dia masih baru. Ramai pemimpin lain begitu cemburu terhadap Anwar, tetapi Mahathir adalah segala-galanya pada ketika itu. Maka naiklah Anwar hingga ketahap nombor 2 sebelum kejatuhannya.
Sejarah UMNO yang dicipta oleh Mahathir begitu penuh noda dan dosa. Semua organ dalam kerajaan digunakan untuk kepentingan UMNO dan presidennya. Dosa yang dilakukan oleh UMNO dan presidennya pada ketika itu (Mahathir) terlalu besar. Tipu, bohong, pembunuhan kerjaya, fitnah dan segala bentuk dosa telah dilakukan untuk pastikan UMNO dapat nama semula. Supaya orang Melayu mudah tertipu. Supaya semua bangsa Malaysia dapat diperdayakan. Apa yang berlaku sekarang adalah satu manesfitasi dosa-dosa UMNO.
Khairy tetap berdosa kerana berada dalam UMNO yang memang penuh dosa. Tetapi bukan Khairy seorang, ramai lagi termasuklah Pak Lah, Najib dan juga Mahathir sendiri.

No comments:
Post a Comment