Saturday, August 30, 2008

Perkakas Mahathir


Waktu Mahathir berkuasa dulu, hampir setiap perkataan terpancut dari mulutnya semuanya disiarkan dalam media utama negara. Seluruh orang UMNO/BN akan memberikan ulasan positif pada apa juga yang diperkatakan oleh Mahathir. Seolah-olah semuanya sempurna. Mahathir dipuja dan dijulang bagaikan seorang nabi. Kata-katanya mesti 'binding' dan menjadi hukum.

Mahathir begitu berjaya menjadikan seluruh umat Malaysia terutamanya orang UMNO/BN mempercayainya bulat-bulat. Seluruh jentera kerajaan terarah menjadi perkakas Mahathir. Semua menteri kabinetnya bila bertemu dengannya pasti tidak berupaya berkata 'tidak' atau 'no' pada apa juga yang Mahathir sebut. Sebab itulah, Mahathir berasakan dirinya tidak ada tandingan. Mahathir terasa dirinya teragong.

Secara tidak langsung semua sistem dan jentera kerajaan pada ketika Mahathir berkuasa dulu telah membentuk satu kebiasaan dan juga perlahan-lahan menjadi budaya yang mesti dilakukan. Budaya yang terbentuk adalah budaya takutkan orang nombor satu. Tidak kira siapa orang nombor satu, budaya takut itu telah terpahat pada setiap anggota yang ada pada jentera kerajaan itu. Pada mulanya, ianya merupakan jentera dan sistem dan kini ianya berubah jadi perkakas dan budaya.

Mahathir adalah manusia yang bertanggung jawab keatas kerosakan tersebut.

Sebab itulah, seluruh jentera kerajaan yang ada sekarang semuanya begitu penakut. Takut bertindak mengikut peraturannya sendiri. Hanya melaksanakan arahan dari orang nombor satu. Lebih menjijikkan lagi apabila orang nombor satu itu hanyalah menjadi alat pada beberapa individu yang rakus dan tidak bermoral.

Kebetulan dizaman Pak Lah menjadi orang nombor satu, Malaysia diperintah secara proksi. Orang nombor satu hanya bertindak sebagai perkakas orang lain yang bersembunyi dibelakang tabir. Namun begitu, budaya takutkan orang nombor satu itu tetap ada. Akibatnya, kepincangan dalam mentadbir urus negara menjadi begitu parah. Maka keadaan dimana beberapa menteri yang menampakkan diri mereka seperti beruk/kera atau anjing kini boleh dilihat hampir setiap hari. Lihatlah betapa Hamid Albar, Rais Yatim dan beberapa menteri lagi yang sepatutnya lebih cerdik dari Pak Lah, boleh menjadi bengong bila bercakap. Mereka begitu percayakan pada Pak Lah walaupun hampir semua manusia yang sudah baligh tahu betapa cacatnya pemikiran Pak Lah itu.

Friday, August 15, 2008

Permatang Pauh

Apa pun, rakyat Malaysia (kecuali penganut ugama Islam Hadhari) sudah tidak boleh diperbodohkan lagi. Rakyat sudah bosan dengan mainan kotor UMNO. Rakyat sudah tidak boleh disuapkan dengan pelbagai fitnah. Semua dakyah UMNO hampir menjadi tidak lagi relevan.
Segala cakap Pak Lah dan lain-lain pemimpin UMNO/BN semuanya dianggap dusta.

Rakyat tahu fitnah jahat Pak Lah/Najib dengan menggunakan Saiful untuk menjual bontotnya hanyalah satu cerita dongeng. Barangkali seluruh warga UMNO termasuk seluruh ahli keluarga Mahathir percaya pada sumpah Saiful hari ini. Biarpun sumpah laknat tersebut tidak memenuhi kehendak sebagai satu sumpah syarie, seluruh media arus perdana telah menggunakannya sebagai satu peluru berpandu ditujukan kepada Anwar. Persoalannya, apakah rakyat yang waras boleh mempercayai sumpah saiful itu yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Nilai perjuangan Anwar memang terlalu mahal. Seluruh ahli keluarga Anwar terutamanya isteri Anwar terpaksa menanggung 'liabiliti' yang seakan tidak lagi tertanggung. Dengan segala kekuatan jentera BN/UMNO serta wang yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun, Anwar pasti diserang habis-habisan. UMNO/BN sebenarnya tidak ada pilihan lain. Jika Anwar tidak ditamatkan, UMNO/BN pasti terkubur. Apakah orang-orang UMNO/BN sanggup menghadapi risiko sedemikian.

Apakah Pak Lah tidak kotor untuk terlepas dari sebarang hukuman jika PR berkuasa ? Najib dan Rosmah tentulah lebih selamat jika Anwar dapat ditewaskan di Permatang Pauh. Malah seluruh warga pemerintah sekarang tentunya tidak boleh tidur jika Anwar berjaya ketampuk kuasa.

Sebenarnya, Permatang Pauh merupakan tempat pertempuran dua kuasa; kuasa baik dan kuasa jahat. Rakyat yang begitu dahagakan satu corak pemerintahan yang baik kini berhadapan dengan kuasa jahat yang begitu kuat. Kuasa jahat yang tidak mudah ditundukkan. malah dalam keadaan tertentu, kuasa jahat tersebut seolah-olah tidak boleh ditundukkan biarpun seluruh kuasa rakyat digembelingkan. Seolah-olah seluruh warga Permatang Pauh kini dipukau untuk menentang Anwar. Kerana Anwar digambarkan sebagai syaitan yang boleh menghancurkan rakyat keseluruhan. Sebab itulah, Sharizat telah mendapat fatwa dari ulamak UMNO untuk melancarkan jihad terhadap Anwar.

Apa pun, Permatang Pauh pasti akan melahirkan beberapa personaliti yang sentiasa disanjung dan barangkali disembah oleh hampir semua warga UMNO. Nama-nama seperti Saiful Liwat, Ezam Kotak, Sharizat Betina Loya tentunya terpahat dibenak semua pengganut UMNO. Pak Lah dan Najib sebenarnya sentiasa gelisah biarpun selepas pilihan raya kecil itu nanti. Sama ada Anwar menang atau tewas, dua ekor manusia tersebut tetap menjadi bahan cacian rakyat. Hanya masa sahaja yang menentukan UMNO/BN akan tumbang. Tumbang pasti tumbang. Selepas tumbang nanti, rakyat pasti mahu semua penjenayah rakyat itu dihukum setimpalnya.

Mungkin dengan kemenangan Anwar nanti, peluang rakyat melihat kuasa rakyat yang sebenarnya dapat dijadikan kenyataan.

Sunday, August 3, 2008

Pak Lah Belum Mum-bayiz

Bila orang bodoh atau bengong diberikan tugas, tentulah hasilnya semua kusut.

Pak Lah adalah satu-satu PM Malaysia yang menyebabkan negara ini berserabut. Semuanya menjadi keliru. Rakyat menjadi bengong seperti PM nya itu.

Pak Lah bukanlah jenis pemimpin yang ada kebijaksanaan. Yang Pak Lah ada mungkin sedikit pengentahuan yang bertaraf lemah. Pengentahuan yang tidak ada nilai-nilai keilmuan. Justeru itu, banyak keputusannya menjelmakan kekeliruan dan kerosakan pada negara.

Apa yang pelik, seluruh orang UMNO masih buta. Mereka masih tidak mengentahui yang Pak Lah itu masih belum mum-bayiz. Orang UMNO sedar Pak Lah sudah capai aqil baliq sebab sudah berjaya memberikan zuriat. Tetapi orang UMNO tidak pernah perasan yang Presiden mereka itu masih belum mum-bayiz. Dalam kata mudah, Pak Lah adalah manusia songsang. Sebabnya, dalam kebiasaan, kanak-kanak akan capai peringkat mum-bayiz dulu sebelum capai peringkat aqil baliq. Mum-bayiz bermaksud, sesaorang itu sudah dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.

Selain cukup dikenali sebagai seorang yang suka bercakap bohong, Pak Lah juga boleh dianggap sebagai seorang lelaki yang bermasaalah. Sebagai seorang lelaki yang sempurna dan tahu kelakiannya,tentulah Pak Lah tahu tentang situasi bila sesaorang itu ingin mengadakan hubungan seks. Maksudnya, perkara asas yang perlu berlaku dan dilakukan. Tetapi bila Pak Lah tidak boleh berfikir secara betul tentang perbuatan liwat yang kononnya berlaku antara Anwar dan seorang budak, maka Pak Lah hendaklah juga dikira sebagai seorang lelaki yang bukan normal.

Terlalu banyak pasal Pak Lah telah diperkatakan oleh rakyat. Kelemahan, kebodohan, pembohongan, kebejatan imannya dan ahli keluarganya. Hampir tidak ada apa yang menampakkan kebaikan. Semuanya tentang benda-benda negatif. Berbanding dengan Mahathir, biarpun orang tua itu dikatakan banyak memperkosa sistem bernegara, namun masih banyak perkara baik yang dilakukannya boleh dilihat. Pembangunan infrastruktur seluruh negara sebagai contohnya yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa akan sumbangan Mahathir.

Cubaan Pak Lah yang ingin meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin Malaysia yang perlu dikenang dimasa hadapan ternyata menjadi bahan gurauan. Hampir seluruh rakyat yang berilmu (kecuali orang UMNO) hanya melihat Pak Lah sebagai satu unit badut tua. Malah dalam keadaan tertentu, Pak Lah hanya boleh disamakan sebagai ketua monyet yang suka membuat kacau.

Tidak dinafikan Pak Lah telah cuba memperkenalkan berbagai perkara baru dan baik. Buat Islam Hadhari, buat reformasi keatas badan kehakiman dan polis. Buat berbagai projek koridor. Cuba lebih terbuka dalam media. Semuanya menjadi kepoh. Seperti kebiasaan, seluruh Malaysia diwar-warkan seolah-olah semuanya akan dilaksanakan. Pak Lah masih berfikir yang rakyat masih bodoh dan sebegitu mudah menelan dakyahnya. Tetapi ternyata, semua yang diwar-warkan itu hanyalah retorik politik. Semuanya untuk mengekalkan kuasa yang ada.

Sebab itu saya masih menganggap Pak Lah masih belum mum-bayiz. Pak Lah hingga ke hari ini masih tidak dapat membezakan benda yang baik dan buruk. Pak Lah masih beranggap yang rakyat masih macam dia yang belum lagi mum-bayiz. Pak Lah bukan sahaja bengong tetapi masih keliru pada dirinya sendiri. Dia sendiri hairan kenapa dia masih belum mum-bayiz walaupun sudah aqil baliq.

Friday, August 1, 2008

Anwar Ibrahim Satu Phenomena

Di mana-mana orang bercakap pasal Anwar Ibrahim. Orang bercakap dari berbagai sudut. Dari berbagai perspektif. Yang buruk dan yang baik. Anwar Ibrahim seolah-olah sudah jadi phenomena. Phenomena ini sudah berlarutan sejak Anwar Ibrahim terlibat dalam demonstrasi pelajar pada tahun 1970an.

Anwar Ibrahim sentiasa diperkatakan dalam apa juga keadaan. Waktu dia memimpin ABIM, namanya juga banyak disebut. Bila dia 'join' pemerintah, namanya juga tetap heboh diperkatakan. Bila dia kena tendang, bertambah heboh lagi. Kini, Anwar Ibrahim menjadi segala-galanya. Disanjung, dinista dan difitnah. Yang pasti, dia tetap menjadi bahan berita.
Seluruh media perkatakan pasal Anwar brahim. Yang bezanya, jika media pro pemerintah, Anwar Ibrahim hanya timbul sebagai penjenayah dan penipu. Lain-lain media termasuk diperingkat antarabangsa, Anwar Ibrahim diberitakan dengan wajah baik dan sebagai seorang pemimpin berwibawa.

Bukan mudah bagi sesiapa untuk menjadi seperti Anwar Ibrahim. Ezam yang pernah menjelmakan Anwar Ibrahim kedalam dirinya ternyata gagal sama sekali. Malah, Ezam kini seakan dimakan sumpah oleh dirinya sendiri kerana cuba melupakan dirinya sendiri dek asyik kemaruk dengan imej Anwar Ibrahim pada suatu ketika dulu. Akibatnya, Ezam sudah terlupa asal usulnya dan dikatakan Ezam kini suka merapu kerana hingga sekarang dia masih tercari-cari imej dirinya sendiri.

Setakat hari ini belum ada lagi seorang pemimpin yang boleh mengekalkan kedudukannya seperti Anwar Ibrahim. Malah belum ada mana-mana pemimpin yang dapat mengusik populariti Anwar Ibrahim hingga boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dilupakan rakyat. Cubaan dahsyat Mahathir dengan pelbagai muslihat untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim telah gagal. Malah, usaha Mahathir dengan bantuan seluruh ahli keluarganya untuk memalukan Anwar Ibrahim tetap gagal hingga ke hari ini. Sebaliknya, imej Mahathir dan keluarganya menjadi tercemar akibat perbuatan jahat tersebut. Adalah dipercayai bahawa sekiranya, Mahathir tidak melakukan semua perbuatan keji tersebut ke atas Anwar Ibrahim, nama dan imej Mahathir pasti dihormati oleh semua gulungan masyarakat termasuk diperingkat antarabangsa.

Tidak ramai pemimpin Melayu di Malaysia yang boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum. Tunku Abdul Rahman mungkin amat disenangi oleh bangsa asing tetapi selalu dicurigai oleh orang Melayu. Mahathir pula pernah dicurigai oleh orang Cina kerana sikap ultra-Melayu tetapi kemudiannya dia menjadi pemimpin yang membiarkan orang Melayu kerana terlalu taksub dengan kemewahan mega. Hanya segelintir Melayu yang sukakan Mahathir. Sebab itulah Mahathir telah ditolak bulat-bulat oleh orang Melayu dalam pilihanraya 1999. Tanpa sokongan orang Cina dan India, Mahathir pasti mencipta sejarah tersendiri. Tidak mustahil pretasinya lebih buruk dari apa yang dicapai oleh Pak Lah pada pilihan raya yang lalu.

Jika Pak Lah dan Najib hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, jawabnya pasti seperti membandingkan antara mutu kepimpinan seorang ketua kelas sekolah rendah dengan seorang pegawai daerah. Malah dalam keadaan tertentu, saya berasa sangsi samada Pak Lah atau Najib boleh menjadi ketua kelas yang baik terutama di zaman sekarang ini dimana terdapat satu ajaran baru bernama hadhari mula diperkenalkan.

Apa pun, Anwar Ibrahim tetap menjadi seorang yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Cerita buruk dan baiknya akan menjadi kisah. Samada, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, itu bukanlah penghalang untuk rakyat terus bercerita pasalnya. Rakyat pasti mengenangnya sebagai seorang pemimpin yang penuh cabaran; difitnah, ditangkap, dipenjara dan disiksa.

PAS Bernasib Baik Lagi...

PAS sudah buat keputusan. UMNO tidak akan jadi rakan politiknya untuk membentuk kerajaan campuran. PAS tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS bukan sahaja mengecewakan UMNO malah beberapa pemimpin PAS sendiri turut merasakannya. Pemimpin-pemimpin PAS seperti Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa pastinya terlalu kecewa kerana segala impian mereka untuk menjawat jawatan penting diperingkat kerajaan pusat terlepas. Tidak mustahil mereka akan melompat masuk UMNO jika umpan yang dihulurkan selama ini masih lagi ada.

Kononnya PAS terpaksa bermuzakarah dengan UMNO untuk kepentingan Islam dan Melayu. Bida’ah yang tersibar dan mudah ditelan oleh PAS; kalaulah PR membentuk kerajaan pusat dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu dan Islam pasti akan lemah. Sebabnya, PR akan diwakili oleh wakil rakyat (WR) yang kebanyakannya bukan Melayu dan beragama Islam. WR dari DAP semuanya bukan Melayu dan beragama Islam. Manakala, WR dari PKR juga bukan semuanya Melayu dan beragama Islam. Anwar pasti kena tunduk pada tuntutan WR dari DAP dan PKR itu sendiri jika mahukan jawatan Perdana Menteri.

Bukan sahaja WR PAS yang termakan dengan bida’ah UMNO itu, malah ramai orang Melayu dari berbagai latar belakang juga turut yakin dengan kelentong UMNO itu. Kononnya, nasib bangsa Melayu kini hanya terletak pada UMNO dan untuk itu PAS mesti berkorban apa sahaja demi mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.


Yang hairannya PAS semudah itu digula-gulakan oleh UMNO. PAS tidak pernah belajar sejarah. PAS begitu mudah lupa nasib dirinya. PAS seolah-olah masih jahil dalam perjuangan berpolitik. Atau mungkin juga, PAS kini sudah dipimpin oleh pemimpin-pemimpin muda yang berjiwa Melayu Islam dan bukannya Islam yang tulin.

PAS mesti ingat bahawa UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam dalam agenda politiknya. UMNO juga tidak pernah meletakkan kepentingan Melayu dalam agenda perjuangannya. UMNO hanya berjuang untuk segelintir orang Melayu yang menggunakan UMNO untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

Kalaulah benar UMNO meletakkan kepentingan Melayu itu dalam agenda perjuangannya, pasti Kelantan sudah menjadi sebuah negeri yang paling berjaya di Malaysia. UMNO pasti bangunkan Kelantan sebab Kelantan hampir sepenuhnya dimiliki oleh Melayu. Malah kedudukan Islam begitu kuat di Kelantan. Tetapi apa sudah jadi dengan Kelantan ?. UMNO sanggup biarkan Melayu di Kelantan merempat. UMNO sanggup mencerca hukum hudud yang ingin ditegakkan di Kelantan. Kalau boleh, UMNO mahu Kelantan merana di bawah PAS. Jadi, dakwaan UMNO yang kononnya mahukan PAS bersama-sama dengannya memperjuangkan nasib Melayu dan Islam ternyatalah satu kelentong.