Di mana-mana orang bercakap pasal Anwar Ibrahim. Orang bercakap dari berbagai sudut. Dari berbagai perspektif. Yang buruk dan yang baik. Anwar Ibrahim seolah-olah sudah jadi phenomena. Phenomena ini sudah berlarutan sejak Anwar Ibrahim terlibat dalam demonstrasi pelajar pada tahun 1970an.
Anwar Ibrahim sentiasa diperkatakan dalam apa juga keadaan. Waktu dia memimpin ABIM, namanya juga banyak disebut. Bila dia 'join' pemerintah, namanya juga tetap heboh diperkatakan. Bila dia kena tendang, bertambah heboh lagi. Kini, Anwar Ibrahim menjadi segala-galanya. Disanjung, dinista dan difitnah. Yang pasti, dia tetap menjadi bahan berita.
Seluruh media perkatakan pasal Anwar brahim. Yang bezanya, jika media pro pemerintah, Anwar Ibrahim hanya timbul sebagai penjenayah dan penipu. Lain-lain media termasuk diperingkat antarabangsa, Anwar Ibrahim diberitakan dengan wajah baik dan sebagai seorang pemimpin berwibawa.
Bukan mudah bagi sesiapa untuk menjadi seperti Anwar Ibrahim. Ezam yang pernah menjelmakan Anwar Ibrahim kedalam dirinya ternyata gagal sama sekali. Malah, Ezam kini seakan dimakan sumpah oleh dirinya sendiri kerana cuba melupakan dirinya sendiri dek asyik kemaruk dengan imej Anwar Ibrahim pada suatu ketika dulu. Akibatnya, Ezam sudah terlupa asal usulnya dan dikatakan Ezam kini suka merapu kerana hingga sekarang dia masih tercari-cari imej dirinya sendiri.
Setakat hari ini belum ada lagi seorang pemimpin yang boleh mengekalkan kedudukannya seperti Anwar Ibrahim. Malah belum ada mana-mana pemimpin yang dapat mengusik populariti Anwar Ibrahim hingga boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dilupakan rakyat. Cubaan dahsyat Mahathir dengan pelbagai muslihat untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim telah gagal. Malah, usaha Mahathir dengan bantuan seluruh ahli keluarganya untuk memalukan Anwar Ibrahim tetap gagal hingga ke hari ini. Sebaliknya, imej Mahathir dan keluarganya menjadi tercemar akibat perbuatan jahat tersebut. Adalah dipercayai bahawa sekiranya, Mahathir tidak melakukan semua perbuatan keji tersebut ke atas Anwar Ibrahim, nama dan imej Mahathir pasti dihormati oleh semua gulungan masyarakat termasuk diperingkat antarabangsa.
Tidak ramai pemimpin Melayu di Malaysia yang boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum. Tunku Abdul Rahman mungkin amat disenangi oleh bangsa asing tetapi selalu dicurigai oleh orang Melayu. Mahathir pula pernah dicurigai oleh orang Cina kerana sikap ultra-Melayu tetapi kemudiannya dia menjadi pemimpin yang membiarkan orang Melayu kerana terlalu taksub dengan kemewahan mega. Hanya segelintir Melayu yang sukakan Mahathir. Sebab itulah Mahathir telah ditolak bulat-bulat oleh orang Melayu dalam pilihanraya 1999. Tanpa sokongan orang Cina dan India, Mahathir pasti mencipta sejarah tersendiri. Tidak mustahil pretasinya lebih buruk dari apa yang dicapai oleh Pak Lah pada pilihan raya yang lalu.
Jika Pak Lah dan Najib hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, jawabnya pasti seperti membandingkan antara mutu kepimpinan seorang ketua kelas sekolah rendah dengan seorang pegawai daerah. Malah dalam keadaan tertentu, saya berasa sangsi samada Pak Lah atau Najib boleh menjadi ketua kelas yang baik terutama di zaman sekarang ini dimana terdapat satu ajaran baru bernama hadhari mula diperkenalkan.
Apa pun, Anwar Ibrahim tetap menjadi seorang yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Cerita buruk dan baiknya akan menjadi kisah. Samada, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, itu bukanlah penghalang untuk rakyat terus bercerita pasalnya. Rakyat pasti mengenangnya sebagai seorang pemimpin yang penuh cabaran; difitnah, ditangkap, dipenjara dan disiksa.
No comments:
Post a Comment