Sunday, September 28, 2008

Ketika Hari Raya hanya tinggal dua hari lagi, suasana dan iklim ketidaktentuan agak terus menghantui kehidupan rakyat Malaysia yang prihatin.
Senario politik dan Ekonomi negara berada dalam persepsi yang bukan 'conducive'. Barangkali hanya pada mereka yang munafik sahaja yang berpendapat sebaliknya. Tentunya, pada mereka yang rendah pengentahuan umum atau juga disebabkan fahaman dogmatik pada pemerintah, akan tetap percaya pada apa juga kelentong yang dimuntahkan dari media pemerintah.
Kemelut berpolitik dalam UMNO tidak pernah surut. Pada pemimpin UMNO, terutamanya Pak Lah dan Najib, kepentingan masa depan mereka dalam politik dikira lebih penting dari persoalan negara. Lantak pergi dengan ekonomi dan maruah negara, asalkan kedudukan mereka dalam syurga idaman mereka dapat disempurnakan.
Malangnya, hampir seluruh pemimpin UMNO, mungkin Ku Li terkecuali, tetap memberikan sokongan penuh pada kedua-dua pemimpin tersebut. Mereka seolah-olah telah termakan ubat guna-guna yang diberikan oleh Rosmah. Rosmah tentulah satu personaliti yang memainkan peranan disebalik tabir dalam transaksi 'lelong kuasa' antara Pak Lah dan Najib.
Cadangan yang kononnya untuk peroses peralihan kuasa yang teratur kepada Najib sebenarnya hanyalah satu mainan politik Pak Lah. Najib yang penuh bermasaalah tentunya tidak banyak pilihan. Apa yang Najib boleh lakukan hanyalah berbuat sesuatu supaya pemimpin UMNO lain tidak boleh menumbangkan Pak Lah dalam masa terdekat ini. Najib perlukan Pak Lah lebih dari apa yang Pak Lah perlukan darnya. Malah Pak Lah tidak perlukan Najib jika tidak disebabkan tahi yang diberakkan oleh Khairy Jamaluddin merata-rata.
Beban Pak Lah sebenarnya adalah Khairy Jamaluddin. Sementara Najib pula hanyalah 'toyol' yang diperlukan oleh Pak Lah untuk terus mempertahankan kuasa. Pak Lah perlukan masa yang lebih lama dan bulan Mac, 2009 tentulah bukan masa sesuai untuknya menyerahkan kuasa kepada sesiapa.
Pak Lah hanya boleh dijatuhkan oleh kuasa luar. UMNO/BN tidak berkemampuan untuk menolak Pak Lah. Seluruh jentera BN/UMNO sudah di bikin sebegitu rupa untuk mempertahankan kuasa presiden UMNO, waimah presiden UMNO itu seorang yang lembek atau bacul. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab di atas sistem yang bobrok itu.
Barangkali Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim boleh memecah kebuntuan tersebut. Dengan kelicikan berpolitik yang ada pada Anwar, PR berkemungkinan besar boleh menumbangkan UMNO/BN dari tahta kuasa. Malah dengan segala kusut masai yang sedang melanda UMNO ketika ini, PR dipercayai lebih mudah bertindak untuk menghalau UMNO dari anjung kuasa.
Anwar tidak akan ada peluang lagi selepas ini jika beliau gagal berbuat sesuatu untuk menghalau UMNO/BN dari Putrajaya. Tidak semestinya Anwar perlu jadi pemimpin yang budiman untuk jadi Perdana Menteri dan sekali gus menghapuskan bida'ah yang kononnya PM mesti dari UMNO. PR mesti berikan sepenuhnya sokongan pada Anwar untuk membolehkan PR mengajar UMNO supaya mereka tahu bahawa rakyat yang celik tidak suka pada pemimpin yang terlalu pentingkan diri sendiri hinggakan kebajikan negara dan rakyat diketepikan.

Thursday, September 18, 2008

Pak Lah hampir 'give up' tetapi KJ yang beria-ia sangat suruh Pak Lah bertahan.
KJ tahu, kalau Pak Lah habis, dia (KJ) pasti kena sembelih. Orang UMNO memang ramai yang benci pada KJ.

Apa pun Pak Lah sudah mula semput. Cakap pun sudah mengelabah. Paling lama dia boleh bertahan setakat bulan Oktober tahun ini. Lepas itu, kalau Anwar tidak jatuhkan Pak Lah, UMNO sendiri yang akan jatuhkan Pak Lah.

Pak Lah hanya boleh dikira cukup berjasa pada rakyat, malah akan diingati sampai bila-bila jika Pak Lah secara 'gentleman' mempersetujui cadangan Anwar ke parlimen pada 23/9/2008. Kalaulah betul seperti yang pemimpin UMNO tuduh Anwar sebagai pembohongan tentang jumlah MP BN yang ingin melompat, Pak Lah mesti berani menyahut ajakan Anwar itu. Kalaulah terbukti yang Anwar hanya temberang, pasti Pak Lah dan UMNO bertambah kuat. Dengan itu juga, semua gangguan politik akan dapat diselesaikan sekali gus. Pakatan Rakyat pasti habis.

Tetapi kalau Pak Lah masih berdegil tidak mahu memenuhi permintaan Anwar itu, maka persepsi rakyat tentulah Anwar memang bercakap benar dan Pak Lah adalah pembohong. Maka seluruh rakyat akan mengatakan bahawa BN memang terlalu lemah. Semua pemimpin UMNO/BN bolehlah dianggap sebagai kera sahaja.

Lebih teruk lagi, keadaan tidak menentu akan berterusan. Yang pasti mendapat keuntungan adalah Pakatan Rakyat (PR). Sebagai pemburu, PR akan sentiasa mencari peluang. Berbanding BN, terutama UMNO, mereka sentiasa berusaha menyorok dari terkena tembakan. Akibatnya, ramailah pemimpin UMNO/BN sentiasa tertekan. Malah ramai diantara mereka sudah jadi gila atau separuh gila.

Ajran Mahathir

Masa sudah tidak ada untuk Mahathir. Penyakit gila talak dan gian sudah mula mengamuk dalam jiwa Mahathir. Mahathir memang perasan. Macam Mukriz juga asyik perasan. Mukriz hanya fikir yang bapak dia seorang yang bijak.

Yang hairannya semua bijak pandai (kalau betul dikira pandai sebab lulus universiti) seperti Rais Yatim boleh diperbodohkan oleh Mukriz. Mereka seolah-olah hanya percaya yang Mahathir sahaja boleh selamatkan UMNO. Orang lain termasuklah Najib semuanya dungu. Kononnya hanya dengan kesaktian Mahathir sahaja UMNO boleh dipulihkan. Untuk tujuan itu, Mahathir mesti diberikan jawatan penasihat parti.

Mengikut perkiraan Mukriz, bila Mahathir jadi penasihat parti, semua ahli parti mesti ikut cakap bapak dia. Kalau bapak dia kata, Pak Lah mesti diterajang maka orang UMNO mesti tendang Pak Lah keluar. Begitu juga kalau bapak dia kata, Mukriz mesti ditabalkan jadi ketua pemuda UMNO, maka jadilah dia ketua pemuda. Semuanya jadi mudah. Lebih mudah lagi kalau bapak dia boleh cempak keluar si Khairy bersama-sama dengan bapak mertuanya sekali.

Persoalannya betulkah bila Mahathir kembali jadi ahli UMNO maka seluruh kusut masai dalam UMNO boleh diperbetulkan. Bukankah Mahathir yang jadi penyebab utama pada kebobrokan keadaan UMNO sekarang !. Legasi Mahathir yang kini jadi budaya dalam UMNO adalah penyumbang utama kerosakan akhlak orang-orang UMNO.

UMNO yang dicipta Mahathir adalah sebuah parti politik berbentuk kepercayaan. Nilai-nilai dogma begitu ketara dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Orang UMNO percayakan ajaran UMNO seperti mereka percayakan ugama. Sebab itu sewaktu Mahathir berkuasa dulu, orang UMNO seolah-olah menganggap Mahathir itu seperti seorang nabi. Kata-kata Mahathir bagaikan hadith yang mesti dipatuhi dan diamalkan.

Tetapi selepas Mahathir menyerahkan kuasa pada Pak Lah, orang UMNO masih mempercayai bahawa presiden UMNO itu juga setaraf presiden sebelumnya. 22 tahun Mahathir berjaya mengasimilasikan nama presiden itu sebagai satu nama yang mesti ditaati. Kehadiran Pak Lah dalam jawatan presiden masih diterima sebagai satu kepercayaan.

Maka itulah pemimpin UMNO seperti Rais Yatim, Hamid Al- Bar, Nazri Aziz, Zahid Hamidi dan ramai lagi semuanya yang sepatutnya lebih bijak dari Pak Lah (jika dilihat dari latar belakang pendidikan) kini menjadi pak turut. Apa sahaja yang Pak Lah kata pasti akan di'endorse' oleh manusia ciplak itu.

Pemimpin seperti Ali Rustam, Muhammad Taib atau Khir Toyo tentulah mempunyai tahap kepercayaan yang lebih rosak bila bercakap pasal politik. Ajran UMNO yang mereka perolehi sejak menjadi ahli UMNO telah banyak merasuk mereka. Amalan bida'ah dan ajaran sesat yang mereka cuba sibarkan pada ahli-ahli UMNO lain nampaknya kurang berjaya. Namun tidak mustahil manusia seperti mereka itu boleh menjadi manusia sasau yang berkemungkinan sanggup mengamuk apabila mereka akan kehilangan kuasa.

Ajran UMNO yang kononnya berteraskan ketuanan Melayu memang mudah meliurkan kebanyakan orang Melayu yang mempunyai fikiran yang singkat. Malangnya, gelagat manusia seperti Ali Rustam, Muhammad Taib atau Khir Toyo boleh menyebabkan ajran UMNO itu mudah terpesong. Malah nilai-nilai kurafat juga senang disibarkan. Nasib baik, ajaran Khair Toyo yang mengatakan tempe boleh mengantikan botox seperti yang cuba disibarkan dulu tidak berjaya diterapkan. Kalau tidak ramai orang UMNO kena cerit berit kerana terlampau banyak makan tempe untuk kelihatan lembut macam Khir Toyo.

Sebenarnya kisah ajaran sesat memang terlalu banyak dalam UMNO. Sumbangan Mahathir terhadap kerosakan akidah orang Melayu agak begitu ketara. Pada era pemerintahan Mahathir, hampir semua orang Melayu UMNO lebih percaya pada ajaran Mahathir berbanding pada ajaran Islam sebenarnya. Bila Mahathir hujahkan tentang janggut nabi Muhammad tidak seorang pun orang UMNO termasuklah ulamak-ulamak UMNO berani menyanggah hadith Mahathir itu.

Kini UMNO sudah hampir tumbang. UMNO seolah-olah kehilangan pedoman. Namun disebabkan ajaran yang pernah diterapkan oleh Mahathir, seluruh pengikut UMNO tetap mempercayai bahawa UMNO tetap boleh bertahan.

Seperti hukum alam yang lain, tidak ada satu ugama pun dalam alam maya ini yang terkecuali dari 'deviant'. Begitu juga dalam UMNO. Manusia seperti Muhyiddin, Ku Li dan beberapa orang lagi cuba menyanggah ajaran Mahathir dalam UMNO. Tetapi dengan silap mata yang Mahathir cuba mainkan, Ku Li dan Muhyiddin tetap tidak terlepas dari ajaran Mahathir. Malah kesediaan mereka untuk berkerjasama dengan Mahathir akan lebih menyemarakkan lagi ajaran Mahathir dalam UMNO.

Apa pun Mahathir bukanlah manusia seperti nabi yang diutuskan tuhan untuk menyelamatkan umat manusia. Kembalinya Mahathir kepada UMNO tidak sama sekali dapat menyelamatkan UMNO. Yang pasti Mahathir bukan penyelamat untuk rakyat Malaysia. Hasrat Mahathir mencari masa yang sesuai untuk kembali pada UMNO bukanlah menjadi sesuatu yang relevan untuk rakyat. Mungkin Mahathir perlu mencari masa yang lebih sesuai untuk dia menilai dirinya sendiri samada dia masih relevan untuk terus hidup di dunia ini. Jika tidak, dia akan dikatakan sebagai manusia perosak yang perlu dihapuskan seperti mahluk perosak yang lain-lain.

Saturday, September 13, 2008

Pak Lah Bukan Tunggul ?

Hakikatnya, Pak Lah adalah seorang pemimpin yang cukup lemah. Bukan sahaja lemah tetapi cukup bodoh.

Mungkin Mahathir dibenci kerana perangainya yang gila kuasa tetapi Pak Lah lebih dari itu. Apa sahaja sifat negatif yang Mahathir punyai, Pak Lah turut miliki malah melebihi. Tetapi semua sifat positif yang Mahathir ada tidak pula dimiliki oleh Pak Lah.

Pak Lah bukan lagi lambang pada kelemahan tetapi dia adalah benda yang boleh disamakan dengan sesuatu yang tidak berguna. Dia bukan lagi boleh dianggap seperti tunggul kayu mati tetapi melebihi seperti bangkai seekor babi.

Biasanya bagi seorang manusia yang ada otak akan berfikir untuk memlakukan kebaikan bila ditegur tetapi apa yang berlaku pada Pak Lah adalah sebaliknya. Lagi ditegur, dia menjadi lebih rosak. Sebab itulah spesis haiwan seperti dia tidak layak lagi dibiarkan duduk memberikan sebarang arahan kepada sesiapa.

Disebabkan kebodohan yang ada pada Pak Lah, ianya mengakibatkan seluruh jentera kerajaan menjadi perkakas buruk yang tidak berfungsi. Lebih teruk lagi, bila manusia yang menerima arahannya seperti Hamid botak, Rais dan beberapa menteri lain semuanya tiba-tiba menjadi manusia gila babi. Mereka selalu meracau dan macam menyondol-yondol betul-betul macam babi. Lihat sahaja gelagat Hamid botak bila membuat kenyataan media. Muka Hamid botak betul-betul macam babi.
Lagi lama Pak Lah berkuasa, lagi banyak kebinasaan akan berlaku pada Malaysia. Pak Lah hanyalah seekor tikus yang cuba membaiki labu. Sebenarnya dalam banyak keadaan, Pak Lah tidak sebijak tikus. Dalam apa juga persepsi manusia yang boleh berfikir, Pak Lah tidak layak sama sekali disamakan dengan mana-mana haiwan yang ada sifat naluri semula jadi. Selayaknya Pak Lah disamakan dengan bangkai yang mana sisa-sisanya mesti dilupuskan segera.
Sebagai sebuah negara yang selayaknya mendapat segala nikmat tuhan, Malaysia mesti dijauhi dari spesis manusia seperti Pak Lah. Malah semua benda dan/atau perkara yang ada kaitan dengan spesis tersebut semestinya dinyahkan jauh-jauh dari bumi Malaysia ini. Hanya dengan itu sahaja rakyat Malaysia akan mendapat menikmati keindahan dan kemakmuran negara yang amat bertuah ini. Hidup Malaysia !.

Kumpulan Intim UMNO



Membaca buah tangan Husam Musa, orang kuat PAS ini, ianya menguatkan lagi telahan saya pada beberapa pemimpin PAS yang masih lagi sedang dilamun cinta dengan Pak Lah.

Dalam beberapa temu ramah media dengan Mustafa Ali dan Muhamad Sabu baru-baru ini, ianya turut mengesahkan bahawa PAS kini juga sedang dilanda perpecahan kecil dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Mustafa Ali, Nasharuddin Isa, Mat Sabu dan Harun Taib ("Kumpulan Intim UMNO") adalah pemimpin-pemimpin yang masih menaruh harapan besar pada Pak Lah (KJ). Mereka masih percaya Pak Lah adalah pilihan terbaik ubtuk masa depan politik mereka jika dibandingkan Anwar Ibrahim jika diberikan kuasa menjadi Perdana Menteri.

Kebetulan Kumpulan Intim UMNO itu adalah mereka yang tewas dalam pilihan raya dulu. Justeru itu mereka amat sedar, nilai mereka dari aspek ilmu hisap politik adalah begitu rendah sekali. Tanpa membawa title "MP",(kecuali Nasaruddin Isa) tentulah mereka tidak memberi apa-apa erti kepada Anwar untuk membolehkan PR berkuasa. Untuk menampakkan mereka masih ada nilai, mereka kenalah tunjulkan diri mereka juga penting. Namun begitu, mainan politik mereka hanya laku pada Pak Lah yang kebetulan memang seorang pemimpin politik yang bengong.

Telahan politik Husam Musa tersebut memang ada lojiknya. Namun agak sukar berlaku. Yang mungkin berlaku hanyalah mainan politik Kumpulan Intim UMNO akan melompat masuk UMNO sekiranya PR dapat menumbangkan BN/UMNO.
Sebenarnya Kumpulan Intim UMNO itu memang sentiasa disangsikan oleh para pemimpin PR. Sebab itulah mereka tidak dibekalkan dengan maklumat terkini apa yang dibuat PR dalam langkah-langkah menjatuhkan BN dari kuasa.

Untuk PR menumbangkan BN/UMNO dalam masa terdekat tentunya sukar kerana UMNO sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Buktinya penahanan 3 orang di bawah ISA pada 12/9/2008. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil terutama jika melihatkan pergolakan politik dalam UMNO/BN itu sendiri. UMNO seolah-olah sedang dilanda bencana tanpa berhenti dari luar dan dalam.

Mungkin dengan kebijaksanaan politik yang dimiliki oleh Anwar, BN/UMNO akan benar-benar tumbang pada 16/9/2008 nanti. Kemungkinan itu tidak boleh ditolak bulat-bulat. Anwar berkemungkinan ada menjalin kerjasama dengan beberapa pemimpin kanan UMNO. Perkara itu sengaja didiamkan agar Pak Lah dan Najib membuat perhitungan yang salah. Kebolehan Anwar dalam sepak terajang politik memang telah terbukti. Tidak semua pemimpin politik yang sudah kena sembelih seperti Anwar masih mampu bertahan malah kini bersedia merampas kuasa kembali.
Apa pun dunia politik itu sendiri memang sukar ditelah. Sudah ramai penganalisa politik tersasar dari ramalan masing-masing. Tentunya nujum politik seperti Mustafa Ali lebih tersasar dalam apa juga tilikkannya. Mungkin kali ini atau buat pertama kalinya tilikan Mustafa Ali menjadi kenyataan apabila PR gagal menumbangkan BN/UMNO pada 16/9/2008 nanti.
Sekira BN/UMNO masih berkuasa selepas 16/9/2008, tentunya para pemimpin UMNO boleh menyambut hari raya dengan lebih selesa. Namun mereka tidak boleh alpa, jauh sekali mendabik dada kerana selepas tarikh itu gelora dalam UMNO akan menjadi lebih dahsyat. Kembalinya Mahathir menjadi ahli UMNO semula tentunya menghantar ombak yang cukup besar kepada Pak Lah. Kemungkinan besar Pak Lah dan menantu kesayangannya itu akan terdampar ditepi pantai. Semua itu akan menjadikan UMNO lebih parah. Dan pada ketika itulah Kumpulan Intim UMNO akan menghulurkan tangannya kepada Pak Lah dan KJ dengan harapan sama-sama mendapat bahagian dalam politik orang Melayu yang cukup bercelaru itu.

Tuesday, September 9, 2008


Itulah kalau dah tak laku macam Mahathir, akhirnya terpaksa menjilat ludah semula.

Waktu keluar dulu, Mahathir fikir dirinya masih ada ramai penyokong. Terbayang difikirannya, berduyun-duyun orang UMNO mengikut keluar UMNO bila dia nyatakan dirinya sudah keluar. Rupa-rupanya, anak sendiri pun lebih pentingkan parti UMNO dari diri bapanya sendiri. Sikit punya malu ! tetapi pasal muka Mahathir memang jenis muka tempe, dia buat-buat tak apa-apa aje.

Kini setelah sedarkan dirinya makin terpinggir bila diluar UMNO, Mahathir terpaksalah tebalkan muka. Beberapa baruah yang memang sudah hampir pupus dalam dunia politik pun cuba-cuba bermain nasib. Maka, Mahathir ditunjulkan sebagai manusia yang kononnya boleh menyatu padukan orang Melayu kalau dia berada dalam UMNO. Secara tak langsung, kumpulan itu ingin beritahu pada umum bahawa Pak Lah sudah sama sekali gagal menyatu padukan Melayu. Dalamkata lain, Mahathir dan gengnya cuba katakan yang Pak Lah hanyalah tunggul kayu mati. Malangnya, Pak Lah tidak tahu itu semua kerana kebetulan memang Pak Lah lebih teruk dari sebatang tunggul kayu mati. Sebenarnya Pak Lah adalah bangkai yang ujudnya sentiasa menimbulkan keresahan pada sesiapa sahaja.
Kisah Mahathir suka jilat ludah jadi bahan cerita rakyat. Mungkin sebab Mahathir memang jenis manusia bersifat haiwan najis, perbuatan jilat menjilat seakan sudah tidak diambil kisah. Yang penting naluri kehaiwannya itu dapat dipenuhinya.
Suatu ketika dulu, seluruh bangsa Melayu kononnya jadi begitu terkagum bila Mahathir bantai British. Dia buat polisi, beli barang British terakhir. Tetapi tidak lama lepas itu, Mahathir tiba-tiba jadi intim dengan Margret Thecher, PM England ketika itu. Lepas itu, Mahathir buat lagi kecoh bila hentam Presiden Amerika dan orang Yahudi tetapi sekejap sahaja kerana Mahathir kemudian terpaksa pula mengupah orang untuk dapatkan peluang bersalam dengan G.Bush, presiden Amerika. Mahathir juga tiba-tiba menjalinkan hubungan intim dengan beberapa manusia Yahudi seperti Hennery Kessenger dan beberapa orang lagi.
Itulah jenis manusia bernama Mahathir yang mukanya memang tidak tahu malu. Malah ada orang yang sampai hati menuduh Mahathir bermuakan kulit babi kerana gelagat dan tabiat tidak tahu malu.