Pak Lah hampir 'give up' tetapi KJ yang beria-ia sangat suruh Pak Lah bertahan.
KJ tahu, kalau Pak Lah habis, dia (KJ) pasti kena sembelih. Orang UMNO memang ramai yang benci pada KJ.
KJ tahu, kalau Pak Lah habis, dia (KJ) pasti kena sembelih. Orang UMNO memang ramai yang benci pada KJ.
Apa pun Pak Lah sudah mula semput. Cakap pun sudah mengelabah. Paling lama dia boleh bertahan setakat bulan Oktober tahun ini. Lepas itu, kalau Anwar tidak jatuhkan Pak Lah, UMNO sendiri yang akan jatuhkan Pak Lah.
Pak Lah hanya boleh dikira cukup berjasa pada rakyat, malah akan diingati sampai bila-bila jika Pak Lah secara 'gentleman' mempersetujui cadangan Anwar ke parlimen pada 23/9/2008. Kalaulah betul seperti yang pemimpin UMNO tuduh Anwar sebagai pembohongan tentang jumlah MP BN yang ingin melompat, Pak Lah mesti berani menyahut ajakan Anwar itu. Kalaulah terbukti yang Anwar hanya temberang, pasti Pak Lah dan UMNO bertambah kuat. Dengan itu juga, semua gangguan politik akan dapat diselesaikan sekali gus. Pakatan Rakyat pasti habis.
Tetapi kalau Pak Lah masih berdegil tidak mahu memenuhi permintaan Anwar itu, maka persepsi rakyat tentulah Anwar memang bercakap benar dan Pak Lah adalah pembohong. Maka seluruh rakyat akan mengatakan bahawa BN memang terlalu lemah. Semua pemimpin UMNO/BN bolehlah dianggap sebagai kera sahaja.
Lebih teruk lagi, keadaan tidak menentu akan berterusan. Yang pasti mendapat keuntungan adalah Pakatan Rakyat (PR). Sebagai pemburu, PR akan sentiasa mencari peluang. Berbanding BN, terutama UMNO, mereka sentiasa berusaha menyorok dari terkena tembakan. Akibatnya, ramailah pemimpin UMNO/BN sentiasa tertekan. Malah ramai diantara mereka sudah jadi gila atau separuh gila.
No comments:
Post a Comment