Masa sudah tidak ada untuk Mahathir. Penyakit gila talak dan gian sudah mula mengamuk dalam jiwa Mahathir. Mahathir memang perasan. Macam Mukriz juga asyik perasan. Mukriz hanya fikir yang bapak dia seorang yang bijak.
Yang hairannya semua bijak pandai (kalau betul dikira pandai sebab lulus universiti) seperti Rais Yatim boleh diperbodohkan oleh Mukriz. Mereka seolah-olah hanya percaya yang Mahathir sahaja boleh selamatkan UMNO. Orang lain termasuklah Najib semuanya dungu. Kononnya hanya dengan kesaktian Mahathir sahaja UMNO boleh dipulihkan. Untuk tujuan itu, Mahathir mesti diberikan jawatan penasihat parti.
Mengikut perkiraan Mukriz, bila Mahathir jadi penasihat parti, semua ahli parti mesti ikut cakap bapak dia. Kalau bapak dia kata, Pak Lah mesti diterajang maka orang UMNO mesti tendang Pak Lah keluar. Begitu juga kalau bapak dia kata, Mukriz mesti ditabalkan jadi ketua pemuda UMNO, maka jadilah dia ketua pemuda. Semuanya jadi mudah. Lebih mudah lagi kalau bapak dia boleh cempak keluar si Khairy bersama-sama dengan bapak mertuanya sekali.
Persoalannya betulkah bila Mahathir kembali jadi ahli UMNO maka seluruh kusut masai dalam UMNO boleh diperbetulkan. Bukankah Mahathir yang jadi penyebab utama pada kebobrokan keadaan UMNO sekarang !. Legasi Mahathir yang kini jadi budaya dalam UMNO adalah penyumbang utama kerosakan akhlak orang-orang UMNO.
UMNO yang dicipta Mahathir adalah sebuah parti politik berbentuk kepercayaan. Nilai-nilai dogma begitu ketara dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Orang UMNO percayakan ajaran UMNO seperti mereka percayakan ugama. Sebab itu sewaktu Mahathir berkuasa dulu, orang UMNO seolah-olah menganggap Mahathir itu seperti seorang nabi. Kata-kata Mahathir bagaikan hadith yang mesti dipatuhi dan diamalkan.
Tetapi selepas Mahathir menyerahkan kuasa pada Pak Lah, orang UMNO masih mempercayai bahawa presiden UMNO itu juga setaraf presiden sebelumnya. 22 tahun Mahathir berjaya mengasimilasikan nama presiden itu sebagai satu nama yang mesti ditaati. Kehadiran Pak Lah dalam jawatan presiden masih diterima sebagai satu kepercayaan.
Maka itulah pemimpin UMNO seperti Rais Yatim, Hamid Al- Bar, Nazri Aziz, Zahid Hamidi dan ramai lagi semuanya yang sepatutnya lebih bijak dari Pak Lah (jika dilihat dari latar belakang pendidikan) kini menjadi pak turut. Apa sahaja yang Pak Lah kata pasti akan di'endorse' oleh manusia ciplak itu.
Pemimpin seperti Ali Rustam, Muhammad Taib atau Khir Toyo tentulah mempunyai tahap kepercayaan yang lebih rosak bila bercakap pasal politik. Ajran UMNO yang mereka perolehi sejak menjadi ahli UMNO telah banyak merasuk mereka. Amalan bida'ah dan ajaran sesat yang mereka cuba sibarkan pada ahli-ahli UMNO lain nampaknya kurang berjaya. Namun tidak mustahil manusia seperti mereka itu boleh menjadi manusia sasau yang berkemungkinan sanggup mengamuk apabila mereka akan kehilangan kuasa.
Ajran UMNO yang kononnya berteraskan ketuanan Melayu memang mudah meliurkan kebanyakan orang Melayu yang mempunyai fikiran yang singkat. Malangnya, gelagat manusia seperti Ali Rustam, Muhammad Taib atau Khir Toyo boleh menyebabkan ajran UMNO itu mudah terpesong. Malah nilai-nilai kurafat juga senang disibarkan. Nasib baik, ajaran Khair Toyo yang mengatakan tempe boleh mengantikan botox seperti yang cuba disibarkan dulu tidak berjaya diterapkan. Kalau tidak ramai orang UMNO kena cerit berit kerana terlampau banyak makan tempe untuk kelihatan lembut macam Khir Toyo.
Sebenarnya kisah ajaran sesat memang terlalu banyak dalam UMNO. Sumbangan Mahathir terhadap kerosakan akidah orang Melayu agak begitu ketara. Pada era pemerintahan Mahathir, hampir semua orang Melayu UMNO lebih percaya pada ajaran Mahathir berbanding pada ajaran Islam sebenarnya. Bila Mahathir hujahkan tentang janggut nabi Muhammad tidak seorang pun orang UMNO termasuklah ulamak-ulamak UMNO berani menyanggah hadith Mahathir itu.
Kini UMNO sudah hampir tumbang. UMNO seolah-olah kehilangan pedoman. Namun disebabkan ajaran yang pernah diterapkan oleh Mahathir, seluruh pengikut UMNO tetap mempercayai bahawa UMNO tetap boleh bertahan.
Seperti hukum alam yang lain, tidak ada satu ugama pun dalam alam maya ini yang terkecuali dari 'deviant'. Begitu juga dalam UMNO. Manusia seperti Muhyiddin, Ku Li dan beberapa orang lagi cuba menyanggah ajaran Mahathir dalam UMNO. Tetapi dengan silap mata yang Mahathir cuba mainkan, Ku Li dan Muhyiddin tetap tidak terlepas dari ajaran Mahathir. Malah kesediaan mereka untuk berkerjasama dengan Mahathir akan lebih menyemarakkan lagi ajaran Mahathir dalam UMNO.
Apa pun Mahathir bukanlah manusia seperti nabi yang diutuskan tuhan untuk menyelamatkan umat manusia. Kembalinya Mahathir kepada UMNO tidak sama sekali dapat menyelamatkan UMNO. Yang pasti Mahathir bukan penyelamat untuk rakyat Malaysia. Hasrat Mahathir mencari masa yang sesuai untuk kembali pada UMNO bukanlah menjadi sesuatu yang relevan untuk rakyat. Mungkin Mahathir perlu mencari masa yang lebih sesuai untuk dia menilai dirinya sendiri samada dia masih relevan untuk terus hidup di dunia ini. Jika tidak, dia akan dikatakan sebagai manusia perosak yang perlu dihapuskan seperti mahluk perosak yang lain-lain.
No comments:
Post a Comment