Tuesday, September 9, 2008


Itulah kalau dah tak laku macam Mahathir, akhirnya terpaksa menjilat ludah semula.

Waktu keluar dulu, Mahathir fikir dirinya masih ada ramai penyokong. Terbayang difikirannya, berduyun-duyun orang UMNO mengikut keluar UMNO bila dia nyatakan dirinya sudah keluar. Rupa-rupanya, anak sendiri pun lebih pentingkan parti UMNO dari diri bapanya sendiri. Sikit punya malu ! tetapi pasal muka Mahathir memang jenis muka tempe, dia buat-buat tak apa-apa aje.

Kini setelah sedarkan dirinya makin terpinggir bila diluar UMNO, Mahathir terpaksalah tebalkan muka. Beberapa baruah yang memang sudah hampir pupus dalam dunia politik pun cuba-cuba bermain nasib. Maka, Mahathir ditunjulkan sebagai manusia yang kononnya boleh menyatu padukan orang Melayu kalau dia berada dalam UMNO. Secara tak langsung, kumpulan itu ingin beritahu pada umum bahawa Pak Lah sudah sama sekali gagal menyatu padukan Melayu. Dalamkata lain, Mahathir dan gengnya cuba katakan yang Pak Lah hanyalah tunggul kayu mati. Malangnya, Pak Lah tidak tahu itu semua kerana kebetulan memang Pak Lah lebih teruk dari sebatang tunggul kayu mati. Sebenarnya Pak Lah adalah bangkai yang ujudnya sentiasa menimbulkan keresahan pada sesiapa sahaja.
Kisah Mahathir suka jilat ludah jadi bahan cerita rakyat. Mungkin sebab Mahathir memang jenis manusia bersifat haiwan najis, perbuatan jilat menjilat seakan sudah tidak diambil kisah. Yang penting naluri kehaiwannya itu dapat dipenuhinya.
Suatu ketika dulu, seluruh bangsa Melayu kononnya jadi begitu terkagum bila Mahathir bantai British. Dia buat polisi, beli barang British terakhir. Tetapi tidak lama lepas itu, Mahathir tiba-tiba jadi intim dengan Margret Thecher, PM England ketika itu. Lepas itu, Mahathir buat lagi kecoh bila hentam Presiden Amerika dan orang Yahudi tetapi sekejap sahaja kerana Mahathir kemudian terpaksa pula mengupah orang untuk dapatkan peluang bersalam dengan G.Bush, presiden Amerika. Mahathir juga tiba-tiba menjalinkan hubungan intim dengan beberapa manusia Yahudi seperti Hennery Kessenger dan beberapa orang lagi.
Itulah jenis manusia bernama Mahathir yang mukanya memang tidak tahu malu. Malah ada orang yang sampai hati menuduh Mahathir bermuakan kulit babi kerana gelagat dan tabiat tidak tahu malu.

No comments: