Saturday, June 28, 2008

PAS Janda UMNO ?

Ramai pemimpin PAS mempunyai pendirian macam Mahfuz. Tidak mementingkan diri. Arah perjuangan politik mereka jelas. Namun, tidak boleh dipandang sepi bahawa memang ada terdapat pemimpin PAS yang mempunyai jiwa Melayu UMNO.

Perlu diingat, beberapa pemimpin PAS yang pernah merasakan nikmat perkahwinan PAS dan UMNO dulu, contohnya Mustafa Ali, tentunya terasa kegatalan bila teringat zaman silam. Pemimpin seperti itulah yang mungkin boleh menjadi duri dalam daging pada Pakatan Rakyat. Gulungan tersebut sebenarnya sentiasa mencari peluang. Manakala, UMNO mulalah mengatal macam orang sedang gila talak.

PAS adalah sebuah parti orang Melayu yang lebih 'flexible' berbanding UMNO. Jenama Islam yang dipakai PAS tidak begitu kuat untuk mengatasi perasaan kemelayuan. Pemimpin seperti Mustafa Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa dan juga Nasaruddin Mat Isa mempunyai darah Melayu berbanding darah Islam. Mereka tentunya lebih simpati pada UMNO dari PKR.

Bagaimana pun pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din dan Azizan adalah lebih berjiwa Islam. Pada mereka Islam mengatasi Melayu. Mereka lebih universal. Perjuangan mereka tidak mudah dipancing oleh UMNO. Duit UMNO tidak sama sekali mengiurkan mereka. Pangkat bukan buruan mereka.

Kalaulah PAS akhirnya termakan umpan UMNO, pasti PAS pada suatu hari nanti akan menyesal tidak sudah. Mereka pasti akan kehilangan segala-galanya apabila mereka sekali lagi dijadikan janda UMNO. Mereka menjadi janda bertaraf pelacur sahaja ketika itu. Tiada siapa akan percayakan pada PAS lagi.

Sekiranya jerat UMNO mengena, PAS pasti terkubur. UMNO sebaliknya akan menjadi kuat semula. Tidak mustahil segala impian rakyat sekarang untuk melihat UMNO/BN diketepikan untuk sementara (kalau pun tidak selama-lamanya) akan jadi cerita dogeng sahaja. Yang lebih pasti, kezaliman akan lebih bermaharaja lela. Apakah PAS ingin menjadi alat UMNO untuk itu semua ?. PAS akan disumpah anak cucu kita sampai bila-bila. Lebih mengerikan lagi, bila tidak ada lagi rakyat Malaysia percayakan pada perjuangan Islam nanti.

Sunday, June 22, 2008

Pahla meyokong rock dan dangdut


Jangan biarkan kemarahan kamu terhadap PAS akan memberikan peluang kepada BN untuk memecah belahkan PR. Apakah Ela dan Mas Idayu itu lebih penting dari kekuatan PR. Apakah konsert nyayian Ela dan Mas Idayu itu lebih penting dari kebajikan rakyat ?

Biarlah PAS dengan caranya. Bantahan PAS tersebut tidaklah sampai mengubah kebebasan berpolitik. Janganlah suka mengungkit-ungkit bila anda pernah memberikan undi pada PAS. Percyalah tanpa kesepakatan semua penyokong dari PAS, PKR dan DAP, tidak mungkin BN tergolek seperti sekarang.
Janganlah kita fikirkan seolah-olah PAS menang hanya disebabkan sokongan kita sahaja. Tahukah kita bahawa penyokong PAS juga telah memberikan peluang untuk DAP dan PKR berkuasa sekarang. Janganlah sebab hendak tunjukkan 'sayang' kita pada raja hingga kita terlupa pada perjuangan kita. Jangan disebabkan kebencian yang pernah bertempat dikesumat kita terhadap PAS , UMNO pula yang untung . PAS tidak bersalah, dan yang bersalah (jika menentang hiburan itu dianggap dapat pahla) hanyalah pemimpin pemudanya. Janganlah kita terlupa pada konsep berfikiran terbuka dan demokratik. Sesiapa sahaja mesti diberikan hak bersuara.

Kebanyakan pengkritik PAS di atas seakan tidak ikhlas memberikan undi pada calun PR. Kita mesti sedar PR tidak akan menang tanpa pakatan semua parti iaitu PKR, DAP dan PAS. Kadang-kadang pengkritik seolah-olah lebih rela dizalimi oleh UMNO/BN asalkan penghibur dan sultan terus dipuja. Apakah penghibur dan sultan selama ini memperjuangkan kebajikan rakyat ? Fikir-fikirkanlah!

UMNO Berdosa ?

BN atau UMNO tidak berdosa. Mereka hanyalah alat pemimpin-pemimpin. BN dan UMNO rosak disebabkan pemimpin mereka. Pemimpin seperti Mahathir , Pak Lah dan Najib. Dalam kata lain, UMNO dan BN masih boleh diterima jika ianya dipimpin oleh mereka yang sayangkan rakyat.

Persoalan keruntuhan UMNO/BN bukanlah sesuatu yang begitu penting. Apa yang lebih utama siapakah pemimpin yang boleh menerajui Malaysia. Tidak kira mereka datang dari parti mana. BN dan PR tetap jadi alat pemimpin. Jadi yang penting adalah pemimpin dan bukannya parti.

Anwar Ibrahim boleh jadi pemimpin parti mana pun jika dia dia ada hala tuju untuk menjadikan negara Malaysia ini makmur. Dia kena utamakan rakyat dari partinya. Perjuangan yang tidak pentingkan rakyat pasti membawa padah. Dalam kontek ini, Anwar masih boleh jadi pemimpin UMNO/BN kalau rakyat mahukan sedemikian.

Pun begitu adalah tidak munasabah Anwar akan kembali kepangkuan BN/UMNO hanya untuk dapatkan kuasa. Tanpa BN/UMNO pun Anwar boleh berkuasa kerana PR bertambah kuat.

Bagaimana pun masih tidak mustahil bagi Anwar merebut kuasa dengan kembali kepangkuan UMNO. Anwar akan gunakan PKR untuk menguatkan cengkamannya dalam BN jika dia kembali ke BN. PKR pasti lebih kukuh dari mana-mana parti dalam komponen BN. Dengan kekuatan PKR, Anwar boleh buat apa sahaja pada mana-mana parti komponen BN.

Dengan ujudnya Perakuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin berkaitan Rosmah dan kes pemecatan Anwar yang akan diputuskan oleh Mahkamah baru-baru ini, pasti keghairahan para politikus kian memuncak. Ramai dari mereka seakan dapat meneka arah mana politik Malaysia akan dituju. Malah ramai diantara mereka sudah mula menghantar SMS dan salam hormat pada Anwar.

Raja Petra Kamaruddin telah banyak menyusahkan Najib. Malah dengan apa yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini boleh menyebabkan terkuburnya masa depan politik Najib. Lebih teruk dari itu, beberapa orang kuat Najib, termasuklah sepupunya, Hishamuddin akan turut mengali lubang kubur.

Dalam politik, perkataan mustahil hendaklah dibaca dengan berbagai tafsiran. Maka itu, UMNO/BN yang pada ketika ini sedang amat bermusuh dengan PKR kerana faktor Anwar akan menjadi tidak mustahil menjadi pakatan politik pada besok atau lusa. Dulu, telah mustahil DAP boleh menerima PAS tetapi kini tidak lagi mustahil. Walaupun mustahil Mahathir menerima Anwar sebagai regu politiknya sekarang tetapi besuk lusa, Anwar boleh menerima Mahathir kembali kedalam UMNO jika Anwar dijadikan semula pemimpin UMNO.

Saturday, June 21, 2008

Pak Lah Lebih Kuat

Kalaulah parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum diadakan sekali lagi, apakah ianya menguntungkan rakyat ? Apakah BN mendapat keuntungan ? Apakah juga PR boleh mengalahkan BN ?

BN pasti telah banyak belajar dari pilihanraya yang lalu. BN tentu tidak akan memberi peluang untuk PR mendapat kerusi sebanyak yang diperolehi sebelum ini. Untuk itu, BN akan pastikan segala tipu muslihat memberikan hasil pada mereka. Yang penting BN mesti dapat 2/3 kerusi parlimen kali ini. Caranya mudah sahaja, menipu.

Kalaulah pilihanraya diadakan semula, Pak Lah pasti akan bertambah kuat. Dia akan cantas semua orang yang pernah menentangnya. Termasuklah Mukriz, Muhyuddin, Ku Li dan ramai lagi pemimpin BN yang agak vokal terhadapnya. Pilihan itu adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah untuk terus berkuasa sekurang-kurangnya dua penggal lagi. Dengan cara itu juga, Pak Lah dapat pastikan kuasa boleh berpindah pada Khairy secara lebih menyakinkan.

Malah jangan terkejut jika nama Najib juga akan terkeluar dari calun BN. SD oleh Raja Petra berkaitan Rosmah sebenarnya akan jadi alat untuk Pak Lah dan Khairy membunuh masa depan politik Najib. Dengan ketiadaan Najib, Muhyuddin, Ku Li dan Mukriz sebagai calun BN dalam pilihanraya nanti, Pak Lah dan menantunya pasti lebih selamat jika BN menang 2/3 majoriti. Untuk dapatkan matalamat itu, Pak Lah hanya perlukan sokongan SPR dan segala jin dan jembalang. Dalam Islam Hadhari, perbuatan tersebut adalah diharuskan.

PR jangan sesekali berfikiran yang mereka akan mendapat keuntungan jika pilihanraya diadakan semula. BN akan pastikan PR mengalami kekalahan teruk. Semua jentera akan digembelingkan. Pilihanraya lepas banyak mengajar Pak Lah. Pak Lah sebenarnya telah merancang berbagai strategi. Kebolehan Pak Lah kearah itu tidak boleh di pandang sepi oleh PR. Alat seperti Ezam dan beberapa kerat lagi manusia hipokrit pasti digunakan untuk menyerang PR terutamanya Anwar. Malah tidak mustahil, jika Pak Lah akan bergabung dengan PAS untuk mendapatkan semula undi Melayu.

Beberapa MP dari PR berkemngkinan besar tewas teruk jika pilihanraya diadakan sekali lagi.Tidak mustahil angka 82 akan menjadi terbalik 28 diparlimen nanti. BN pasti gunakan segala kekuatannya. Semua jentera kerajaan akan digembelingkan. Dengan hanya pertandingan diperingkat persekutuan sahaja, pasti BN lebih mudah menang.

Berbagai isu yang timbul diperingkat kerajaan negeri-negeri yang diperintah oleh PR pasti dimanupulasi sepenuhnya oleh BN untuk meraih undi. Isu seperti kedegilan beberapa ADUN DAP yang tidak mahu pakai songkok tentunya akan dijadikan modal untuk membakar semangat orang Melayu. Isu ternakan babi di Selangor pasti boleh disogokkan agar orang Melayu membenci PR. Isu tentang ramainya EXCO dari bukan Melayu di Perak juga boleh menambat perhatian undi Melayu. Pendek kata, BN akan buat apa sahaja. Terutamanya bila Pak Lah dan Khairy sedar betapa hanya dengan kemenangan sahaja kali ini, mereka boleh terus hidup. Ini soal hidup dan mati.

Tidak mustahil juga kalau Pak Lah akan turunkan harga minyak serta merta dua hari sebelum pilihanraya nanti. Dia peduli apa. yang penting rakyat berikan undi kepada dia untuk terus berkuasa.

Bayangkanlah jika Pak Lah dan BN menang 2/3 lepas pilihanraya itu nanti. Selepas pilihanraya itu nanti, nama-nama seperti Najib, Muhyuddin, Mukriz, Ku Li dan sesiapa yang menentang Pak Lah akan digugurkan. Yang mungkin tinggal, nama-nama seperti Rais Yatim, Ali Rustam, Mat Taib dan Ku Nan. Kuasa Pak Lah pada ketika itu pasti lebih hebat dari kuasa yang Mahathir pernah gengam. Maka naik cocanglah si Khairy. Dan yang pasti PR akan dilanyak cukup-cukup. Tidak mustahil, BN akan jadi lebih kejam dari apa yang pernah mereka lakukan.

Pada ketika itu Mahathir sudah tidak lagi berani bersuara kalau pun tidak sudah merengkok dalam penjara. Anwar Ibrahim pula mungkin ditahan bawah ISA kerana fitnah Ezam Md Noor yang kononnya Anwar memang bercadang menjual Malaysia pada Israil. Sementara PAS sudah berpecah belah kerana sebahagian pemimpinnya sudah menyebelahi Ezam dan terperdaya dengan pujuk rayu UMNO.

Saturday, June 7, 2008

Asal usul raja iblis dikatakan berasal dari 'mainan' para bomoh atau pawang. Raja iblis dikatakan juga ramai. Jumlahnya jauh lebih besar seluruh raja-raja yang masih berkuasa di planet dunia.


Dikalangan raja-raja iblis yang paling berpengaruh sekarang adalah seekor raja iblis yang kini sedang cukup berkuasa di Amerika Syarikat. Seekor lagi raja iblis yang tidak kurang handalnya terdapat di Malaysia.


Asal usul kedua-dua raja iblis tersebut adalah dari seorang yang dulunya menetap di Tanah Melayu (kini Malaysia). Nama panggilannya di kampung hanyalah Badi. Badi tidak ada surat beranak atau pun kad pengenalan. Badi kini menetap di Amerika Syarikat. Dia tinggal bersama dengan raja iblis yang menetap di sana. Tahun ini, usia Badi akan mencecah 68 tahun.


Kisah Badi di kampung cukup pedih. Ibunya meninggal dunia ketika Badi berumur 2 tahun. Waktu usianya meningkat 7 tahun, bapanya pula mati. Tanpa adik beradik dan saudara mara, Badi hidup bersendirian. Tinggal dirumah tinggalan bapanya. Beratap nipah dan belantaikan batang pinang.


Kisah keturunannya, Badi hanya tahu dari bapanya. Sebelum bapanya meninggal dunia, Badi selalu diceritakan siapa asal usulnya. Bapa dan ibu Badi datang ke Tanah Melayu bersendirian. Mereka lari dari keluarga masing-masing akibat cinta mereka tidak mendapat restu keluarga. Mereka datang ke Tanah Melayu dan membina sebuah punduk dipinggir hutan hujung kampung. Mereka hidup sebagai pasangan suami isteri walaupun tidak pernah diijab kabulkan.


Badi jarang sekali keluar ke kawasan kampung berdekatan. Hampir tidak ada sesiapa orang kampung di situ ambil tahu pasal Badi. Malah seingat Badi, orang kampung tidak pernah datang kepondoknya.


Kehidupan Badi banyak dihabiskan bersama dengan semua mahluk tuhan yang selalu bertandang ke pondoknya. Badi bercakap sendiri. Badi akan menyapa pada semua binatang yang lalu didepannya. Badi akan katakan apa sahaja yang boleh disebut pada pokok-pokok yang dipegangnya.


Badi membesar dengan makanan yang keluar dari perut bumi. Ubi, keledek, tebu dan berbagai tanaman yang tumbuh dekat pondoknya akan jadi bahan makannya. Semuanya seakan berlaku tanpa diatur atau di fikirkan. Badi terus membesar. Tubuhnya menjadi kian besar dan kuat. Rupanya tetap tidak terurus tapi, Badi sudah mula rasai nalurinya seakan-akan menyuruhnya keluar dari terus menetap di pondok dipinggir hutan kampung itu.


Badi keluar dari pondoknya tanpa sebarang apa-apa bekalan. Pagi masih lagi terlalu awal. Kedinginan pagi itu seakan-akan mencucuk-cucuk tubuh Badi. Namun berbekalkan semangat yang kuat serta dipacu oleh naluri yang entah dari mana munculnya, Badi ambil keputusan keluar dari pondoknya untuk selama-lamanya. Namun, Badi sendiri tidak tahu arah mana tujuannya. Badi terus melangkah. (Bersambung)

Malaysia Boleh

Susunan masyarakat tentunya berbentuk piramid. Yang berjaya (peringkat atas) lebih mengecil berbanding yang tidak berjaya (peringkat bawah). Puncak kejayaan pula jumlahnya terkecil berbanding limpahan kegagalan seperti diperingkat bawahan. Ironinya, yang teratas walaupun terkecil sentiasa disokong oleh yang terbawah dan terbesar dari ukaran saiznya.
Pemimpin politik seharusnya memahami konsep piramid sedemikian. Mereka di atas disebabkan sokongan orang bawahan. Kalau tidak ada lagi sokongan, yang di atas akan merudum ke bawah. Malangnya, pemimpin politik jarang sekali menginsafi hukum tersebut.
Hukum alam jarang sekali memungkiri hakikat. Hukum alam sentiasa patuh pada penciptanya. Hanya manusia yang selalu degil. Manusia selalu kufur pada penciptanya. Terutamanya bila mereka sudah mula mendapat kuasa. Mereka bagaikan iblis yang tidak lagi patuh pada suruhan penciptannya.
Saya melihat hukum alam begitu relevan dengan apa yang berlaku pada pemimpin UMNO sekarang. Saya juga melihat konsep piramid juga tidak lagi ada pada pemimpin UMNO. Apa yang pemimpin UMNO tahu, mereka mesti berada di puncak piramid dan siapa yang membentuk piramid itu tidak lagi penting buat mereka.
Dulu saya cukup percaya pada UMNO. Saya fikir hanya UMNO boleh memacu kejayaan Malaysia kearah sebuah negara yang cukup gah dipersada dunia. Saya mimpikan agar Malaysia lebih tinggi darjatnya dari Singapura. Pada saya, kalau Singapura yang tidak ada apa-apa sumber 'nature', Malaysia yang punyai segala-galanya tentunya lebih mudah kehadapan. Tetapi ternyata harapan saya pada UMNO sesia. Malah UMNO membuat saya rasa amat kecewa.
Sebagai seorang profesional tentulah agak mudah bagi saya mendapatkan jawatan pemimpin kecil UMNO dikampung. Pada mulanya, saya nampak ada ruang untuk saya memberikan sumbangan. Saya percaya pada konsep hukum alam dan sistem piramid dalam berpolitik. Pada saya kekuatan pemimpin yang berada dipuncak hanya akan kuat jika diperingkat bawahan sentiasa kuat dan bersatu. Tidak ada ruang yang lompang. Tetapi setelah beberapa ketika saya berada dalam UMNO, saya nampak terlalu banyak manusia munafik. Saya dipertemukan dengan pemimpin yang kufur pada penciptanya. Saya selalu berinteraksi dengan pemimpin yang tahu membaca tetapi tidak berilmu. Terjumpa pemimpin yang beragama tetapi tidak ada ketaqwaan.
Barulah saya sedar betapa politik UMNO itu kotor dan cukup menjijikkan. Saya pada ketika itu dapat merasakan ketakutan akan kemurkaan tuhan. Saya juga sudah terbayang keruntuhan bangsa Melayu jika perjuangan orang Melayu hanya disandarkan pada UMNO. Saya amat sedar, UMNO sedang menentang hukum alam. Saya tahu, UMNO tidak bisa menentang hukum alam biarpun UMNO mempunyai jentera yang cukup kuat. Pada saya, UMNO akan tewas lambat laun.
Saya telah tinggalkan UMNO walaupun tidak keluar sebagai ahlinya. Sengaja saya buat begitu. Biar UMNO sentiasa ingatkan ahlinya ramai hinggakan terlupa ahli-ahlinya seperti saya ini sudah tidak lagi memberikan undi kepadanya. Pada saya UMNO perlu diberikan pengajaran yang secukupnya. Biar para pemimpinnya kenal siapa diri mereka sebenarnya. Jangan mereka fikir yang diri mereka sahaja yang betul.
Masaalah pemimpin UMNO agak sudah kritikal. Mereka sudah terlalu angkuh dan sombong. Mereka fikir semua rakyat boleh dibodohkan. Mereka fikir semua orang Melayu sudah terpukau seperti orang Melayu Johor yang begitu dogmatik. Mereka percaya jika Melayu Johor boleh percaya UMNO itu seperti agama kedua mereka, Melayu di negeri-negeri lain juga boleh dibomohkan seperti itu. Itulah sikap pemimpin UMNO yang tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.
Apa yang sedang berlaku dalam kepimpinan UMNO sekarang adalah satu manisfestasi hukum alam. Apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Pak Lah bukanlah untuk bangsa Melayu. Mereka berdua hanya bermain politik. Masing-masing perjuangan kepentingan diri masing-masing. Maka itu adalah sesuatu yang amat meyedihkan jika orang Melayu masih boleh percayakan pemimpin-pemimpin seperti dua orang manusia munafik itu.
Dalam UMNO, terutamanya selepas era Mahathir, istilah ketelusan dalam perjuangan untuk memertabatkan Malaysia tentunya tidak pernah ujud. Matalamat perjuangan UMNO hanyalah kekayaan dan keduniaan. Dalam banyak hal, Mahathir lebih teruk berbanding Kamal Atartuk. Kalau Kamal menjadikan Turki sebuah negara sekular, Mahathir pula telah menjadikan Malaysia sebuah negara munafik. Sebuah negara yang sepenuhnya berlandaskan konsep semua boleh. Apa sahaja boleh asalkan matalamat pemimpin tercapai. Boleh merompak, membunuh, merogol dan apa sahaja.
Berlandaskan konsep Malaysia Boleh, Pak Lah pun mahu melaukan sesuatu yang dia fikirkan baru untuk dirinya. Pak Lah juga mahukan agama Islam diubah kepada agama hadhari. Mungkinkah hadhari sekadar mazhab baru dalam Islam atau ianya akan menjadi agama rasmi negara pula. Semuanya boleh terjadi.

Tuesday, June 3, 2008

MAK NYAH DAN MAHATHIR

You ni… I betul-betul sedih bila I dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti tu. Pasal apa you keluar. Ni dah ada orang buat cerita kata parti you tu dah umur 60 tahun. Kan you number satu dan mem you number dua. Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur you 20 tahun. Masa tu you kan cute lagi belajar kat universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu lagi kan? Napa you senyap aje tak cerita yang parti ni you dan mem you yang punya. Ni lah yang Mak tak faham.
La ni I dengar you dah merajuk. I dah dengar banyak cerita. Soh seh, soh seh merata-rata. Orang parti you sendiri tak layan you lagi. Orang parti you ni betul-betul buat you macam selipar Jepun, udah pakai tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang Mak tak faham ni dulu cium tangan you. Lah ni ketut muka you.I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata ‘kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita….’. Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita yang dulu pun you buat kalut bakar buntut Tunku. Lah ni dia orang nak bakar buntut you. Itam legam la butut you. Mak betul-betul stim tengok buntut itam. Auuuw.
Lah ni orang dah mula cerita kalau you mati nanti mereka tak nak tanam bangkai you kat Masjid Negara. Dia orang kata bangkai you kotorkan Masjid Negara. I sedih bila dengar labon orang parti you. Tapi masa Tunku mati dulu pun you tak declare holiday kan? Pasal apa you tak declare cuti. You lupa ke? Sekarang orang-orang parti you kata hendak ajar you betul-betul. Bangkai you depan nak baling bagi biawak makan. Ni Mak sedih. Mak risau bangkai you di buang ke mana nanti.Tapi jangan risau kalau you dah mati you tak sedar pun. Tanam ke, buang dalam parit ke, bagi makan biawak ke, you udah tak rasa lagi. I rasa bila you dah keras you ok. I rasa daging you tak banyak lagi. Bangkai udah tak busuk lagi. Tapi Mak nak tanya napa dulu you tak hormat pada Tunku? Dia anak raja, lah ni you kena daulat kot. Udah kena tulah. Tu pasal jangan lawan raja-raja.I ada baca surat you yang you cerita masa ini udah tak ada orang parti layan you lagi. Hairan napa orang parti you buat you macam tu? Tak hormat you lagi. Orang parti you lupa you menangis dulu. Mereka udah lupa. Mereka tidak ingat muka cembeng you. Mereka mudah lupa tak ingat muka huduh you menangis dulu. La ni you nak menangis lagi ke? Kalau you menangis sekali lagi you hentak-hentak kaki dan guling-guling badan. Baru dia orang ingat you serius. Kalu tidak dia orang ingat you buat lawak.Betul ke I ada dengar khabar ada orang Kubang Pasu nak datang jumpa you tapi kena larang. Woit betul ke cerita ni atau you sendiri yang buat-buat cerita. You memang pandai reka-reka cerita. You ada kelas bila karang cerita. Dulu you karang cerita main buntut. Mak stim bila you reka cerita buntut ni.
Lah ni you buat cerita orang kena larang jumpa you. Biar betul cerita ni. Mak tak faham napa orang di larang jumpa you. Ada lagi ke orang yang nak datang jumpa you? You salah kot…. Mungkin orang Bangla sesat jalan kat Kubang Pasu? Jangan-jangan Bangla ni nak ajak you berbuntut-buntut. Stim Mak dengar cerita you ni. Udah tua pun you ni masih gatal. Auuuw.I percaya betul cerita you tentang Singapura nak ambil negeri ni. I udah lama perhatikan perangai orang Singapura tu. I memang tak percaya negeri kecik tu. Dulu I dengar mereka ada buat janji dengan Israel. Mereka beli kete kebal Israel. Ni mereka dah ambil pulau kita. Punat betul Singapura ni.Tapi Singapura ni bukan macam Penang ke? I dengar parti you juga yang kalut dulu. Tahun 1965 dulu napa you tak bising antar askar ambil Singapura. You takut apa. Masa tu you dah jadi Melayu. You ahli Exco pemuda dalam parti you. You dah jadi nasionalis. Tapi satu kentut pun tak keluar dari mulut you. Ni laaa Mak tak faham napa tak pret pret bising-bising dulu. Masa tu masa tu you syok sibuk gatal dengan Siti kot? Hal Siti Siti ni buat Mak stim. Auuuw.
I sedih bila you jadi korok macam ni. Udah ada orang berani kata you ni patut kena ISA. Orang yang kata ni suku sakat you juga. Asal usul dari India. I tak setuju you kena ISA. I dengar jahat you ni bukan untuk ISA. You tau… tak baik orang yang cadang ISA untuk you. Mana ada kelas you kena ISA. Standard you ni patut macam Slobodan Milosevic. Jangan potong stim. You kelas.I ingat lagi you cakap di OIC. You memang kelas. You betul bukan Kancil. You betul-betul Proton Wira Dunia Ketiga. You berani. You jadi raja di Afrika. Orang Itam tak perlu visa nak datang lawat raja mereka. Lah ni ramai Orang Itam udah masuk Malaysia. Orang Itam ni semua datang nak cari you. Mereka nak jual Black Money pada you. I dengar di Zimbabwe ada Orang Itam nak buat makam besar untuk you kalau bangkai you tak di terima di Masjid Negara.
Mak jelus dengar cerita ni. You betul hebat. You kelas.You jaki ke dengan Dolah? Atau you jaki dengan menantu dia yang cute tu? I rasa you sudah silap, pasal ni I sedih. Patut you buat cerita baru untuk Dolah macam you buat cerita buntut dulu. You patut buat cerita Dolah main buntut lembu kat bendang di Kepala Batas. Baru ada kelas. Baru gempaq orang. Pasal saksi you jangan risau. You boleh tangkap banyak lembu. Bawak lembu-lembu ni ke mahkamah. I jamin lembu-lembu ini akan mengaku.I sedih bila you merajuk kerana Dolah. Dolah, mana ada kelas? Dia tidur siang malam. Biar Mak cerita sini.... lepas pagi election Dolah bangun jam 11 pagi. Parti you dah jadi haprak tapi Dolah asik tidur meninggi hari. Kah kah kah. Tapi you juga yang pilih Dolah kan? Ni yang buat Mak confuse. You selalu salah orang. I sedih bila dengar you salah pilih lagi. You ni cerdik tapi you bodoh. You potong stim I lah.
I ada dengar kawan lama you dari Jay Bee yang kata you ni macam duri. Kawan you ni betul-betul tikam you dari belakang. Betul tak I kata ... you tak pandai pilih kawan. I sedih bila kawan lama you cakap lagu tu. Berani dia kata you ni macam duri. Duri ni alus. Dia tak tahu you bukan jenis duri. You tunggul kayu. Tunggul keras. Yang keras-keras ni buat Mak stim panjang. Auuuw.
I sedih betul bila I dengar parti you jadi haprak. Ramai orang udah tak hormat parti haprak yang you buat dulu. I dengar parti-parti lain juga udah mula nak lari tak mahu dekat dengan parti haprak you. Pasal ini you keluar parti? Tapi Mak tak faham masa you keluar parti kenapa tak ramai orang yang ikut you? I marah bila you keluar sorang-sorang. Mana geng you yang lain?Anak you sendiri pun tak ikut keluar. Mana ada kelas anak macam ni. Ini anak siapa? Ini anak dari Siti yang mana? Hei hei hei ...you jangan ingat I tak tahu. I tahu... you ada dua Siti dulu. You tak ingat ke A Tale of Two Cities opps….itu cerita Charles Dicken. Cerita you cerita ....A Tale of Two Sities. Ni I dengar cerita ni dari mulut kakak Siti itu sendiri. Malu I buka cerita ini. Kakak Siti itu pun sama gatal. Sampai number bilik tempat you ngok ngek itu pun kakak Siti ini bagi tahu I. You ni ada kelas pandai cari Siti. Buntut-buntut ni you tidak main kan. Cutelaaa you ni ... buat Mak stim.
Bila you keluar parti I dengar ramai orang buat kenduri syukur. Betul ke cerita ini? I dengar banyak lawyer-lawyer buruk kat Bar Council buat kenduri. Lawyer-lawyer buruk ni buka champagne Dom Perignon. You ni betul-betul jadi haprak macam Keling Botol. Lepas minum-minum arak mereka kencing kat muka you dalam jamban. Nasib baik I tak de di situ kalau tidak ... auuuw.... stim jamban I.
I sedih dengan lawyer kawan you yang kata korek, korek, korek. I hairan macam mana you ambil dia jadi lawyer you. You ni selalu pilih salah kawan. You betul-betul buat I sedih. Lawyer korek, korek, korek ni mana ada kelas. Dia ini pariah.I ingat you janganlah merajuk lama sangat. Muka you tambah jobo nanti. I ingat you baik cari peguam yang bagus-bagus bukan yang korek, korek. I dengar ramai orang nak saman you. You ni sudah jadi selipar Jepun. I risau apa jadi dengan you nanti kalau you kena saman.Mak tunggu-tungu you buat cerita baru untuk Dolah. Ni you bising cerita lama. Cerita ini udah karat. Buatlah cerita Dolah main buntut lembu. Atau cerita Dolah main buntut Altantuya. Maaf Mak salah. Altantuya bukan dengan Dolah. Itu buntut Najib. Maaf... fasal reka-reka cerita ni Mak kurang pandai. Tapi I tahu cerita Siti. Auuuw. Jangan bagi I sedih. Hishamuddin Rais Jelbu N.S

Monday, June 2, 2008

Tidak mustahil PAS akan tinggalkan PR jika ramai MP BN keluar dari barisan Pak Lah. PAS akan meminta jawatan PM diberikan kepadanya. Hanya dengan merebut peluang sedemikian sahaja PAS akan merasakan kuasa tertinggi dinegara ini.

Ucapan Muhammad Sabu, salah seorang naib presiden PAS boleh dijadikan 'inference'. Malah beberapa pujian Muhammad Sabu pada Mahathir sejak kebelakangan ini bolehlah ditafsirkan niat tersirat para pemimpin PAS. Sikap beberapa pemimpin PAS yang kurang disenangi oleh Anwar Ibrahim juga sering terserlah.

Percaturan politik yang dimainkan Mahathir untuk memerangkap Pak Lah dan Anwar Ibrahim tidak begitu dikesan oleh pemimpin PAS. Mahathir memang faham sangat kebodohan beberapa pemimpin PAS sejak dari dulu lagi. Mahathir tahu PAS tidak akan ingat semua caciannya pada PAS semasa dia jadi PM dulu. Pada Mahathir, pemimpin PAS memang layak dijadikan haiwan korban sahaja.

PAS bagaimana pun masih bernasib baik kerana mempunyai beberapa orang pemimpin yang celik pada politik UMNO. Pemimpin-pemimpin itulah yang menjadikan PAS boleh diterima ramai rakyat termasuk rakyat non-muslim. Kalaulah PAS masih serahkan kuasa bulat-bulat pada pemimpin seperti Hadi Awang atau Hassan Sukri, pasti PAS tidak menjadi parti PAS seperti apa yang ada pada hari ini.

Kelicikan Mahathir bermain politik jangan sesekali dipandang remeh. Pada usia yang biasanya dikira sudah 'habis', Mahathir masih kelihatan lebih gagah dari Pak Lah. Tidak juga dikira keterlaluan, jika Mahathir boleh dikatakan jauh lebih bijak dari mana-mana pemimpin-pemimpin PAS. Maka itu, tidak akan jadi sesuatu yang memeranjatkan jika Mahathir akan berjaya menakluk PAS dalam masa terdekat ini. Mahathir tahu hanya PAS sahaja yang boleh memberikan dia talian hayat untuk terus bersuara. Mahathir pasti akan bermain silat mata dihadapan para pemimpin PAS yang sememangnya amat dikenali sebagai politikus baik.

Apa pun, PR kenalah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan seperti dalam senario di atas. UMNO pasti buat kenduri kesyukuran jika jerat Mahathir terhadap PAS itu berlaku. Mahathir hanya hendak pastikan PR tidak berjaya mendapatkan kuasa diperingkat persekutuan. Mahathir mahu pastikan Anwar tidak akan jadi PM. Roh Mahathir akan hanya tidak terawang-awang jika hajat hatinya untuk melihat Pak Lah dan Anwar tersungkur pada perangkap yang memang sentiasa dipasangnya.