BN atau UMNO tidak berdosa. Mereka hanyalah alat pemimpin-pemimpin. BN dan UMNO rosak disebabkan pemimpin mereka. Pemimpin seperti Mahathir , Pak Lah dan Najib. Dalam kata lain, UMNO dan BN masih boleh diterima jika ianya dipimpin oleh mereka yang sayangkan rakyat.
Persoalan keruntuhan UMNO/BN bukanlah sesuatu yang begitu penting. Apa yang lebih utama siapakah pemimpin yang boleh menerajui Malaysia. Tidak kira mereka datang dari parti mana. BN dan PR tetap jadi alat pemimpin. Jadi yang penting adalah pemimpin dan bukannya parti.
Anwar Ibrahim boleh jadi pemimpin parti mana pun jika dia dia ada hala tuju untuk menjadikan negara Malaysia ini makmur. Dia kena utamakan rakyat dari partinya. Perjuangan yang tidak pentingkan rakyat pasti membawa padah. Dalam kontek ini, Anwar masih boleh jadi pemimpin UMNO/BN kalau rakyat mahukan sedemikian.
Pun begitu adalah tidak munasabah Anwar akan kembali kepangkuan BN/UMNO hanya untuk dapatkan kuasa. Tanpa BN/UMNO pun Anwar boleh berkuasa kerana PR bertambah kuat.
Bagaimana pun masih tidak mustahil bagi Anwar merebut kuasa dengan kembali kepangkuan UMNO. Anwar akan gunakan PKR untuk menguatkan cengkamannya dalam BN jika dia kembali ke BN. PKR pasti lebih kukuh dari mana-mana parti dalam komponen BN. Dengan kekuatan PKR, Anwar boleh buat apa sahaja pada mana-mana parti komponen BN.
Dengan ujudnya Perakuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin berkaitan Rosmah dan kes pemecatan Anwar yang akan diputuskan oleh Mahkamah baru-baru ini, pasti keghairahan para politikus kian memuncak. Ramai dari mereka seakan dapat meneka arah mana politik Malaysia akan dituju. Malah ramai diantara mereka sudah mula menghantar SMS dan salam hormat pada Anwar.
Raja Petra Kamaruddin telah banyak menyusahkan Najib. Malah dengan apa yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini boleh menyebabkan terkuburnya masa depan politik Najib. Lebih teruk dari itu, beberapa orang kuat Najib, termasuklah sepupunya, Hishamuddin akan turut mengali lubang kubur.
Dalam politik, perkataan mustahil hendaklah dibaca dengan berbagai tafsiran. Maka itu, UMNO/BN yang pada ketika ini sedang amat bermusuh dengan PKR kerana faktor Anwar akan menjadi tidak mustahil menjadi pakatan politik pada besok atau lusa. Dulu, telah mustahil DAP boleh menerima PAS tetapi kini tidak lagi mustahil. Walaupun mustahil Mahathir menerima Anwar sebagai regu politiknya sekarang tetapi besuk lusa, Anwar boleh menerima Mahathir kembali kedalam UMNO jika Anwar dijadikan semula pemimpin UMNO.
No comments:
Post a Comment