Jangan biarkan kemarahan kamu terhadap PAS akan memberikan peluang kepada BN untuk memecah belahkan PR. Apakah Ela dan Mas Idayu itu lebih penting dari kekuatan PR. Apakah konsert nyayian Ela dan Mas Idayu itu lebih penting dari kebajikan rakyat ?
Biarlah PAS dengan caranya. Bantahan PAS tersebut tidaklah sampai mengubah kebebasan berpolitik. Janganlah suka mengungkit-ungkit bila anda pernah memberikan undi pada PAS. Percyalah tanpa kesepakatan semua penyokong dari PAS, PKR dan DAP, tidak mungkin BN tergolek seperti sekarang.
Janganlah kita fikirkan seolah-olah PAS menang hanya disebabkan sokongan kita sahaja. Tahukah kita bahawa penyokong PAS juga telah memberikan peluang untuk DAP dan PKR berkuasa sekarang. Janganlah sebab hendak tunjukkan 'sayang' kita pada raja hingga kita terlupa pada perjuangan kita. Jangan disebabkan kebencian yang pernah bertempat dikesumat kita terhadap PAS , UMNO pula yang untung . PAS tidak bersalah, dan yang bersalah (jika menentang hiburan itu dianggap dapat pahla) hanyalah pemimpin pemudanya. Janganlah kita terlupa pada konsep berfikiran terbuka dan demokratik. Sesiapa sahaja mesti diberikan hak bersuara.
Kebanyakan pengkritik PAS di atas seakan tidak ikhlas memberikan undi pada calun PR. Kita mesti sedar PR tidak akan menang tanpa pakatan semua parti iaitu PKR, DAP dan PAS. Kadang-kadang pengkritik seolah-olah lebih rela dizalimi oleh UMNO/BN asalkan penghibur dan sultan terus dipuja. Apakah penghibur dan sultan selama ini memperjuangkan kebajikan rakyat ? Fikir-fikirkanlah!

No comments:
Post a Comment