Saturday, June 21, 2008

Pak Lah Lebih Kuat

Kalaulah parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum diadakan sekali lagi, apakah ianya menguntungkan rakyat ? Apakah BN mendapat keuntungan ? Apakah juga PR boleh mengalahkan BN ?

BN pasti telah banyak belajar dari pilihanraya yang lalu. BN tentu tidak akan memberi peluang untuk PR mendapat kerusi sebanyak yang diperolehi sebelum ini. Untuk itu, BN akan pastikan segala tipu muslihat memberikan hasil pada mereka. Yang penting BN mesti dapat 2/3 kerusi parlimen kali ini. Caranya mudah sahaja, menipu.

Kalaulah pilihanraya diadakan semula, Pak Lah pasti akan bertambah kuat. Dia akan cantas semua orang yang pernah menentangnya. Termasuklah Mukriz, Muhyuddin, Ku Li dan ramai lagi pemimpin BN yang agak vokal terhadapnya. Pilihan itu adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah untuk terus berkuasa sekurang-kurangnya dua penggal lagi. Dengan cara itu juga, Pak Lah dapat pastikan kuasa boleh berpindah pada Khairy secara lebih menyakinkan.

Malah jangan terkejut jika nama Najib juga akan terkeluar dari calun BN. SD oleh Raja Petra berkaitan Rosmah sebenarnya akan jadi alat untuk Pak Lah dan Khairy membunuh masa depan politik Najib. Dengan ketiadaan Najib, Muhyuddin, Ku Li dan Mukriz sebagai calun BN dalam pilihanraya nanti, Pak Lah dan menantunya pasti lebih selamat jika BN menang 2/3 majoriti. Untuk dapatkan matalamat itu, Pak Lah hanya perlukan sokongan SPR dan segala jin dan jembalang. Dalam Islam Hadhari, perbuatan tersebut adalah diharuskan.

PR jangan sesekali berfikiran yang mereka akan mendapat keuntungan jika pilihanraya diadakan semula. BN akan pastikan PR mengalami kekalahan teruk. Semua jentera akan digembelingkan. Pilihanraya lepas banyak mengajar Pak Lah. Pak Lah sebenarnya telah merancang berbagai strategi. Kebolehan Pak Lah kearah itu tidak boleh di pandang sepi oleh PR. Alat seperti Ezam dan beberapa kerat lagi manusia hipokrit pasti digunakan untuk menyerang PR terutamanya Anwar. Malah tidak mustahil, jika Pak Lah akan bergabung dengan PAS untuk mendapatkan semula undi Melayu.

Beberapa MP dari PR berkemngkinan besar tewas teruk jika pilihanraya diadakan sekali lagi.Tidak mustahil angka 82 akan menjadi terbalik 28 diparlimen nanti. BN pasti gunakan segala kekuatannya. Semua jentera kerajaan akan digembelingkan. Dengan hanya pertandingan diperingkat persekutuan sahaja, pasti BN lebih mudah menang.

Berbagai isu yang timbul diperingkat kerajaan negeri-negeri yang diperintah oleh PR pasti dimanupulasi sepenuhnya oleh BN untuk meraih undi. Isu seperti kedegilan beberapa ADUN DAP yang tidak mahu pakai songkok tentunya akan dijadikan modal untuk membakar semangat orang Melayu. Isu ternakan babi di Selangor pasti boleh disogokkan agar orang Melayu membenci PR. Isu tentang ramainya EXCO dari bukan Melayu di Perak juga boleh menambat perhatian undi Melayu. Pendek kata, BN akan buat apa sahaja. Terutamanya bila Pak Lah dan Khairy sedar betapa hanya dengan kemenangan sahaja kali ini, mereka boleh terus hidup. Ini soal hidup dan mati.

Tidak mustahil juga kalau Pak Lah akan turunkan harga minyak serta merta dua hari sebelum pilihanraya nanti. Dia peduli apa. yang penting rakyat berikan undi kepada dia untuk terus berkuasa.

Bayangkanlah jika Pak Lah dan BN menang 2/3 lepas pilihanraya itu nanti. Selepas pilihanraya itu nanti, nama-nama seperti Najib, Muhyuddin, Mukriz, Ku Li dan sesiapa yang menentang Pak Lah akan digugurkan. Yang mungkin tinggal, nama-nama seperti Rais Yatim, Ali Rustam, Mat Taib dan Ku Nan. Kuasa Pak Lah pada ketika itu pasti lebih hebat dari kuasa yang Mahathir pernah gengam. Maka naik cocanglah si Khairy. Dan yang pasti PR akan dilanyak cukup-cukup. Tidak mustahil, BN akan jadi lebih kejam dari apa yang pernah mereka lakukan.

Pada ketika itu Mahathir sudah tidak lagi berani bersuara kalau pun tidak sudah merengkok dalam penjara. Anwar Ibrahim pula mungkin ditahan bawah ISA kerana fitnah Ezam Md Noor yang kononnya Anwar memang bercadang menjual Malaysia pada Israil. Sementara PAS sudah berpecah belah kerana sebahagian pemimpinnya sudah menyebelahi Ezam dan terperdaya dengan pujuk rayu UMNO.

No comments: