Susunan masyarakat tentunya berbentuk piramid. Yang berjaya (peringkat atas) lebih mengecil berbanding yang tidak berjaya (peringkat bawah). Puncak kejayaan pula jumlahnya terkecil berbanding limpahan kegagalan seperti diperingkat bawahan. Ironinya, yang teratas walaupun terkecil sentiasa disokong oleh yang terbawah dan terbesar dari ukaran saiznya.
Pemimpin politik seharusnya memahami konsep piramid sedemikian. Mereka di atas disebabkan sokongan orang bawahan. Kalau tidak ada lagi sokongan, yang di atas akan merudum ke bawah. Malangnya, pemimpin politik jarang sekali menginsafi hukum tersebut.
Hukum alam jarang sekali memungkiri hakikat. Hukum alam sentiasa patuh pada penciptanya. Hanya manusia yang selalu degil. Manusia selalu kufur pada penciptanya. Terutamanya bila mereka sudah mula mendapat kuasa. Mereka bagaikan iblis yang tidak lagi patuh pada suruhan penciptannya.
Saya melihat hukum alam begitu relevan dengan apa yang berlaku pada pemimpin UMNO sekarang. Saya juga melihat konsep piramid juga tidak lagi ada pada pemimpin UMNO. Apa yang pemimpin UMNO tahu, mereka mesti berada di puncak piramid dan siapa yang membentuk piramid itu tidak lagi penting buat mereka.
Dulu saya cukup percaya pada UMNO. Saya fikir hanya UMNO boleh memacu kejayaan Malaysia kearah sebuah negara yang cukup gah dipersada dunia. Saya mimpikan agar Malaysia lebih tinggi darjatnya dari Singapura. Pada saya, kalau Singapura yang tidak ada apa-apa sumber 'nature', Malaysia yang punyai segala-galanya tentunya lebih mudah kehadapan. Tetapi ternyata harapan saya pada UMNO sesia. Malah UMNO membuat saya rasa amat kecewa.
Sebagai seorang profesional tentulah agak mudah bagi saya mendapatkan jawatan pemimpin kecil UMNO dikampung. Pada mulanya, saya nampak ada ruang untuk saya memberikan sumbangan. Saya percaya pada konsep hukum alam dan sistem piramid dalam berpolitik. Pada saya kekuatan pemimpin yang berada dipuncak hanya akan kuat jika diperingkat bawahan sentiasa kuat dan bersatu. Tidak ada ruang yang lompang. Tetapi setelah beberapa ketika saya berada dalam UMNO, saya nampak terlalu banyak manusia munafik. Saya dipertemukan dengan pemimpin yang kufur pada penciptanya. Saya selalu berinteraksi dengan pemimpin yang tahu membaca tetapi tidak berilmu. Terjumpa pemimpin yang beragama tetapi tidak ada ketaqwaan.
Barulah saya sedar betapa politik UMNO itu kotor dan cukup menjijikkan. Saya pada ketika itu dapat merasakan ketakutan akan kemurkaan tuhan. Saya juga sudah terbayang keruntuhan bangsa Melayu jika perjuangan orang Melayu hanya disandarkan pada UMNO. Saya amat sedar, UMNO sedang menentang hukum alam. Saya tahu, UMNO tidak bisa menentang hukum alam biarpun UMNO mempunyai jentera yang cukup kuat. Pada saya, UMNO akan tewas lambat laun.
Saya telah tinggalkan UMNO walaupun tidak keluar sebagai ahlinya. Sengaja saya buat begitu. Biar UMNO sentiasa ingatkan ahlinya ramai hinggakan terlupa ahli-ahlinya seperti saya ini sudah tidak lagi memberikan undi kepadanya. Pada saya UMNO perlu diberikan pengajaran yang secukupnya. Biar para pemimpinnya kenal siapa diri mereka sebenarnya. Jangan mereka fikir yang diri mereka sahaja yang betul.
Masaalah pemimpin UMNO agak sudah kritikal. Mereka sudah terlalu angkuh dan sombong. Mereka fikir semua rakyat boleh dibodohkan. Mereka fikir semua orang Melayu sudah terpukau seperti orang Melayu Johor yang begitu dogmatik. Mereka percaya jika Melayu Johor boleh percaya UMNO itu seperti agama kedua mereka, Melayu di negeri-negeri lain juga boleh dibomohkan seperti itu. Itulah sikap pemimpin UMNO yang tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.
Apa yang sedang berlaku dalam kepimpinan UMNO sekarang adalah satu manisfestasi hukum alam. Apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Pak Lah bukanlah untuk bangsa Melayu. Mereka berdua hanya bermain politik. Masing-masing perjuangan kepentingan diri masing-masing. Maka itu adalah sesuatu yang amat meyedihkan jika orang Melayu masih boleh percayakan pemimpin-pemimpin seperti dua orang manusia munafik itu.
Dalam UMNO, terutamanya selepas era Mahathir, istilah ketelusan dalam perjuangan untuk memertabatkan Malaysia tentunya tidak pernah ujud. Matalamat perjuangan UMNO hanyalah kekayaan dan keduniaan. Dalam banyak hal, Mahathir lebih teruk berbanding Kamal Atartuk. Kalau Kamal menjadikan Turki sebuah negara sekular, Mahathir pula telah menjadikan Malaysia sebuah negara munafik. Sebuah negara yang sepenuhnya berlandaskan konsep semua boleh. Apa sahaja boleh asalkan matalamat pemimpin tercapai. Boleh merompak, membunuh, merogol dan apa sahaja.
Berlandaskan konsep Malaysia Boleh, Pak Lah pun mahu melaukan sesuatu yang dia fikirkan baru untuk dirinya. Pak Lah juga mahukan agama Islam diubah kepada agama hadhari. Mungkinkah hadhari sekadar mazhab baru dalam Islam atau ianya akan menjadi agama rasmi negara pula. Semuanya boleh terjadi.
No comments:
Post a Comment